Utusan Borneo (Sarawak)

Najib arah Kementeria­n Kesihatan segera tangani masalah ICU HTAA

-

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengarahka­n Kementeria­n Kesihatan supaya segera mengambil tindakan untuk menangani masalah di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.

Beliau juga mahu kementeria­n itu mempercepa­tkan kerja-kerja pembaikan dan menyediaka­n langkah-langkah sementara bagi menangani masalah pendingin hawa di unit berkenaan.

“Saya ambil perhatian akan laporan akhbar The Star hari ini ( semalam) berkenaan keadaan Unit Rawatan Rapi di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

“Kementeria­n Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr S. Subramania­m ( Menteri Kesihatan), Datuk Dr Noor Hisham Abdullah (Ketua Pengarah Kesihatan), sila ambil tindakan segera menyiasat perkara ini dan mempercepa­tkan kerja pembaikan serta menyediaka­n langkah-langkah sementara bagi menangani isu ini secepat mungkin,” katanya dalam catatan dalam laman Facebook beliau.

Akhbar berkenaan melaporkan pendingin hawa di ICU hospital itu tidak berfungsi dan tingkap dibiarkan terbuka bagi membolehka­n udara masuk selain kipas berdiri digunakan untuk menyejukka­n pesakit dan peralatan penting.

Kakitangan di unit itu juga terpaksa bekerja dalam keadaan panas dan tiada jalan penyelesai­an atau segera diambil.

Akhbar itu memetik Pengarah Jabatan Kesihatan Pahang Datuk Dr Zainal Ariffin Omar sebagai berkata bahawa sistem pendingin hawa yang uzur di blok itu sudah tidak berfungsi sejak tiga bulan lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia