Utusan Borneo (Sarawak)

PPDNKK Negeri Sembilan rampas arak seludup bernilai RM600,000

-

SEREMBAN: Pejabat Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (PPDNKK) Negeri Sembilan semalam merampas sebanyak 40,440 botol dan 2,800 tin minuman keras pelbagai jenama bernilai RM600,000 yang diseludup ke negara ini di sebuah premis di Kuala Sawah, Rantau dekat sini.

Timbalan Ketua Pegawai Penguatkua­sanya Mohd Fuzi Hadi Abd Latip berkata hasil risikan dan maklumat awam selama seminggu, pihaknya mendapati premis berkenaan berselindu­ng di sebalik projek ternakan air tawar bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

“Ketika serbuan dilakukan jam 2 petang tadi, beberapa pekerja warga asing sedang membuat kerja menampal pelekat baharu pada botol arak yang diseludup kononnya ia merupakan buatan Malaysia.

“Tapi sebenarnya minuman keras itu dibawa masuk secara haram dipercayai dari Singapura dan Vietnam,” katanya dalam sidang media di sini.

Menurutnya, pemeriksaa­n lanjut mendapati premis terbabit yang dipercayai beroperasi sejak beberapa bulan lepas dijadikan, tempat pembungkus­an dan perlabelan semula minuman keras haram berkenaan.

Mohd Fuzi Hadi berkata, ia berdasarka­n penemuan mesin pencetak dan pelekat baharu yang dicetak untuk ditampal pada botol minuman keras berkenaan.

“Bagi mengaburi mata pihak berkuasa nombor siri yang digunakan juga seakan sama dengan nombor pengeluara­n dari kilang biasa,” katanya menambah kes disiasat mengikut Akta Perihal Dagangan 2011.

Beliau berkata kesemua pekerja gudang terdiri daripada dua rakyat tempatan dan tujuh warga Myanmar, ditahan untuk siasatan lanjut.

Serbuan berkenaan membabitka­n 15 pegawai dan anggota PPDNKK negeri bersama Skuad Tindakan Khas Putrajaya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PELEKAT PALSU: Mohd Fuzi Hadi (tengah) menunjukka­n pelekat palsu bagi mengelak bayaran cukai yang dirampas dalam satu serbuan di sebuah kilang pembungkus­an arak di Sungai Belangkung, Rantau semalam.
— Gambar Bernama PELEKAT PALSU: Mohd Fuzi Hadi (tengah) menunjukka­n pelekat palsu bagi mengelak bayaran cukai yang dirampas dalam satu serbuan di sebuah kilang pembungkus­an arak di Sungai Belangkung, Rantau semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia