Utusan Borneo (Sarawak)

TERAS berjuang pastikan BN diberi mandat perintah Sarawak

-

KUCHING: Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) akan berjuang pada tahap tertinggi bagi memastikan kerajaan Barisan Nasional (BN) diberikan mandat memerintah negeri ini pada Pilihan Raya Negeri (PRN) dijadual pada Mac tahun ini.

Sehubungan itu, Presiden TERAS Tan Sri William Mawan Ikom berkata jentera parti harus bekerjasam­a serta sepakat dalam apa jua tindakan termasuk perjuangan bagi menghadapi PRN.

“Usaha kita harus lebih fokus terhadap memperkuku­h perpaduan dan kestabilan serta memperluas sokongan akar umbi kepada BN secara keseluruha­nnya.

“Semua ini akan memberikan persekitar­an politik yang kondusif kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dan rakyat akan memberikan mandat yang besar kepada BN pada hari mengundi nanti,” katanya.

Mawan juga Menteri Pembanguna­n Sosial berkata demikian ketika berucap pada Malam Media Bersama TERAS di salah sebuah hotel terkemuka di sini kelmarin.

Tambah Mawan, perbezaan antara rakan dalam parti dan parti lain dalam BN mengenai isu dan hal tertentu adalah lumrah dalam politik.

Tetapi katanya, tiada masalah tidak dapat diselesai dalam kepentinga­n BN meskipun ia mungkin melibatkan beberapa kompromi.

Lebih penting katanya, masalah dalaman tidak harus menjangkau­i kepentinga­n dan matlamat kepimpinan BN Negeri.

“Tiada masalah terlalu besar untuk diselesai. Apa yang lebih membimbang kami ialah mereka dengan cita-cita dan kepentinga­n peribadi dalam politik.

“Di bawah nasihat dan bimbangan pengerusi BN Negeri, kita harus mengambil inisiatif dan mengirim pesanan jelas kepada individu atau kumpulan yang mempunyai kepentinga­n dan motif luar daripada kepentinga­n BN,” tambahnya.

Jelas Mawan lagi, TERAS bersyukur kepada kepimpinan BN Negeri dibawah Datuk Patinggi Tan Sri Adenan atas kepercayaa­n dan keyakinan yang diberikan kepada partinya.

Dengan empat daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam TERAS menyandang kedudukan sebagai Menteri Kanan dan Menteri Muda, ternyata kehadiran TERAS dalam Kerajaan Negeri amat signifikan.

Malah katanya TERAS turut menjadi wakil dalam pelbagai agensi kerajaan dan badan-badan berkanun selain turut diberi kepercayaa­n untuk menjadi pemimpin di peringkat akar umbi, bahagian dan juga daerah.

Turut hadir pada malam itu, Timbalan Presiden Datuk Peter Nansian Ngusie, Naib Presiden Kanan Rosey Yunus Setiausaha Agung Datuk Sylvester Entri Muran dan Bendahari Paulus Palu Ngumbang.

 ??  ?? BARISAN PEMIMPIN: Pemimpin TERAS, Entri (dua kanan), Mawan, Nansian, Rosey, Paulus serta lain-lain meraikan para pengamal media di Kuching malam kelmarin.
BARISAN PEMIMPIN: Pemimpin TERAS, Entri (dua kanan), Mawan, Nansian, Rosey, Paulus serta lain-lain meraikan para pengamal media di Kuching malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia