Utusan Borneo (Sarawak)

Tamu Medamit dijangka bantu bangun luar bandar Limbang

-

LIMBANG: Pelaksanaa­n Tamu Medamit yang bermula hujung bulan ini dijangka mampu membangun luar bandar sekali gus merancak lagi sektor ekonomi penduduk di kawasan Medamit.

Wali Kota Majlis Daerah Limbang ( MDL) Kaunselor Sufian Mohat berkata perlaksana­an Tamu Medamit juga selaras hasrat murni Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem yang mahu kawasan luar bandar dibangunka­n.

Jelasnya perbincang­an bersama tuai rumah dan ketua masyarakat di Medamit serta jawatankua­sa khas MDL berkaitan Tamu Medamit juga sudah dijalankan sebelum ini untuk merealisas­ikan perlaksana­an Tamu Medamit.

“Tamu Medamit yang akan bermula hujung bulan ini adalah inisiatif bersama MDL dan penduduk kampung yang ingin memasarkan produk mereka di pekan Medamit dan pada masa sama dapat membangunk­an kawasan luar bandar itu,”katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Sufian berkata perlancara­n Tamu Medamit dijangka akan disempurna Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang 31 Januari ini.

Katanya lagi pihaknya menyasarka­n sekitar 100 peniaga di kawasan sekitar untuk menyertai dan memeriahka­n Tamu Medamit itu yang dibuka setiap minggu pada hari Ahad bermula pagi hingga petang.

Sebelum ini jelasnya banyak peniaga di kawasan sekitar yang merungut kerana terpaksa menjual produk mereka ke jauh ke bandar Limbang.

“Dengan adanya Tamu Medamit ia juga akan memudahkan peniaga selain menjimatka­n kos dan masa kerana tidak perlu turun ke bandar untuk memasar produk maisng-masing,” jelasnya lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia