Utusan Borneo (Sarawak)

IBS belum mandatori untuk bina, baiki sekolah

Sistem giat diperluas ke seluruh negara namun tidak semua kontraktor memiliki kepakaran: KPM

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) belum meletakkan syarat mandatori kepada kontraktor mengambil tender membina atau membaik pulih sekolah menggunaka­n teknologi Sistem Binaan Berindustr­i (IBS).

Timbalan Menteri Pendidikan II Chong Sin Woon berkata, meskipun langkah itu giat diperluas ke seluruh negara namun tidak semua kontraktor mengguna pakai teknologi berkenaan.

“Jika mereka (kontraktor) mempunyai teknologi tender khusus mengguna IBS mereka boleh menyertai tender kita. Dan, kita percaya pada masa akan datang lebih banyak syarikat menggunaka­n IBS.

“Buat masa ini kita belum mengenakan syarat semua sekolah menggunaka­n cara ini, kita tunggu keputusan nanti apapun ia belum ditentukan

Jika mereka (kontraktor) mempunyai teknologi tender khusus mengguna IBS mereka boleh menyertai tender kita. Dan, kita percaya pada masa akan datang lebih

” banyak syarikat menggunaka­n IBS.

(mandatori) dan akan bincang terlebih dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Cek Sekolah Bantuan Kerajaan (SJK(C), Mubaligh dan Conforming) Sarawak yang disempurna­kan Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembanguna­n Keluarga Datuk Fatimah Abdullah di SJKC Chung Hua No,3 di sini, semalam.

Tambah Chong, kerajaan amat menggalak pembinaan sekolah mengguna IBS me- mandangkan ia bukan sahaja mengurangk­an kos pembinaan tetapi mempercepa­tkan lagi jangka masa projek.

“Kita sering kali menghadapi masalah dan banyak aduan apabila projek mengambil masa walaupun dilulus kerana kekurangan peruntukan.

“Maka kita sentiasa mencari alternatif untuk masih mengekal kualiti bangunan selain mempercepa­tkan perkhidmat­an kepada rakyat,” katanya.

Jelas beliau pembinaan sekolah menggunaka­n IBS merupakan sistem baharu kementeria­n yang diterus pada masa akan datang kerana ia cara terbaik setakat ini.

Menurut Chong projek pembinaan menggunaka­n IBS itu dimulakan di enam buah sekolah di Sarawak yang diumumkan Perdana Menteri dan akan diperluask­an di Semenanjun­g.

Sebelum ini BERNAMA dipetik sebagai berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberitah­u projek membaik pulih sekolah menggunaka­n teknologi IBS akan diperluas ke seluruh negara dengan projek permulaan di enam buah sekolah di Sarawak.

Enam buah sekolah itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Seduku, Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK) Sebuyau, SK Nanga Pua, Selangau, SK Kampung Tanam, SK Kalok Pusa, Betong dan SK Abang Man, Simunjan dengan kos kira-kira RM2 juta setiap sekolah.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, ini susulan projek perintis penggunaan IBS membaik pulih Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Dengkil terbukti berjaya menjimatka­n masa manakala harga juga lebih kompetitif berbanding kaedah konvension­al.

Chong Sin Woon Timbalan Menteri Pendidikan II

 ??  ?? SAKSI: Chong (dua kanan) menyaksika­n Fatimah menyampaik­an replika cek bernilai RM17.2 juta kepada Setiausaha Persekutua­n Majlis Sekolah Mubaligh Kristian Malaysia, Ambrose Linang (dua kiri) sambil disaksikan Presiden SUPP Senator Datuk Dr Sim Kui Hian...
SAKSI: Chong (dua kanan) menyaksika­n Fatimah menyampaik­an replika cek bernilai RM17.2 juta kepada Setiausaha Persekutua­n Majlis Sekolah Mubaligh Kristian Malaysia, Ambrose Linang (dua kiri) sambil disaksikan Presiden SUPP Senator Datuk Dr Sim Kui Hian...
 ??  ?? RAI BERSAMA: Leslie (enam kiri) bersama Peter (empat kanan), William (lima kanan) dan barisan tetamu memotong kek simbolik perasmian Majlis Makan Malam Tahunan KTS & Shell Lube Oil.
RAI BERSAMA: Leslie (enam kiri) bersama Peter (empat kanan), William (lima kanan) dan barisan tetamu memotong kek simbolik perasmian Majlis Makan Malam Tahunan KTS & Shell Lube Oil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia