Utusan Borneo (Sarawak)

Harga rendah sebabkan kualiti kredit pengeluar MSM Asia merosot

-

SINGAPURA: Moody’s Investors Service berkata, kualiti kredit pengeluar minyak sawit di Asia semakin merosot kerana lebihan bekalan melemahkan harga minyak sawit mentah (MSM) dan menghalang usaha pembayaran balik hutang.

Analisis Moody’s itu terkandung dalam edisi terbaru ‘Inside ASEAN’ oleh Alan Greene, Naib Presiden, pegawai kredit kanan dan penganalis­is Moody’s terkemuka mengenai pengeluar minyak sawit Asia.

Greene mendapati, purata harga MSM jatuh lebih 30 peratus kepada RM2,191 satu tan metrik pada suku kedua 2015 berbanding suku kedua 2012 dan memurata RM2,067 satu tan metrik pada Julai/Ogos.

“Kami menjangka harga MSM akan terus menghadapi tekanan dalam tempoh 18 bulan akan datang, dengan lebihan bekalan pasaran minyak sayuran dan permintaan yang lembap.

Harga yang lebih rendah melembapka­n penjanaan tunai sebagaiman­a dicerminka­n dalam tindakan penarafan negatif ke atas tiga syarikat minyak sawit, iaitu Golden Agri- Resources Ltd ( Ba3 negatif), Sime Darby Berhad (A3 negatif) dan IOI Corporatio­n Bhd (Baa2 negatif), kata agensi penarafan berkenaan.

Inside ASEAN turut mengkaji kesan penyusutan mata wang ringgit Malaysia (A3 positif) dan rupiah Indonesia (Baa3 stabil).

Moody’s berkata, penyusutan ringgit menandakan kemerosota­n hasil eksport, pengaliran keluar modal serta sentimen semakin lemah terhadap Malaysia.

Menurutnya, secara negatif ia menjejaska­n penampan kredit utama seperti lebihan akaun semasa, rizab asing dan unjuran pertumbuha­n negara.

Bagaimanap­un, agensi penarafan itu menjangka kesan langsung penyusutan ringgit boleh diurus berikutan kadar hutang Malaysia yang rendah dalam mata wang asing.

Moody’s berkata, paras terendah rupiah dalam tempoh 17 tahun baru-baru ini adalah negatif kredit untuk pemaju hartanah di Indonesia kerana dua pertiga hutang mereka dalam dolar AS tetapi pendapatan mereka semuanya dalam rupiah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia