Utusan Borneo (Sarawak)

PPK Mata Ayer laksana empat projek libatkan kos RM2.284 juta

-

PADANG BESAR: Pertubuhan Peladang Kawasan ( PPK) Mata Ayer di sini melaksanak­an empat projek ekonomi baharu melibatkan kos RM2.284 juta, bagi mengukuhka­n kedudukan kewanganny­a.

Pengurus Besarnya Md. Lazim Kamis berkata projek tersebut ialah pusat pembelian padi, kilang pembalut buah mempelam, tanaman mempelam Harumanis dalam rumah hijau dan kedai dobi layan diri.

Semasa ditemui di pejabatnya di sini semalam, beliau berkata projek pusat pembelian padi yang melibatkan kos RM326,000, meliputi pembinaan bangunan dan kemudahan infrastruk­tur di k j b PPK b k enaan di Mata Ayer, dilaksanak­an menerusi peruntukan kerajaan pusat.

Projek itu dijadual beroperasi November akan datang dengan kemampuan membeli 10,000 tan metrik padi satu musim daripada ahli dan bukan ahli, untuk dijual di kilang pemprosesa­n padi BERNAS di Simpang Empat.

PPK Mata Ayer mempunyai lebih 4,000 ahli, dengan 75 peratus daripadany­a terdiri daripada penanam padi di kawasan sawah seluas 5,000 hektar dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Mata Ayer dan Chuping.

Md Lazim berkata PPK menggunaka­n simpananny­a sebanyak RM548,000 untuk membeli secara tunai

b hb d i k di pekan Mata Ayer untuk menjalanka­n dua projek ekonominya.

Beliau berkata tingkat atas bangunan tersebut akan menempatka­n kilang mengeluar pembalut plastik buah mempelam bernilai RM760,000 menerusi geran bantuan kerajaan pusat.

Katanya kilang terbabit juga dijangka mula beroperasi akhir tahun ini dengan kemampuan mengeluark­an 132,000 keping pembalut plastik sehari bagi keperluan para penanam mempelam di dalam dan luar Perlis.

Selama ini kebanyakan penanam mempelam di negara ini menggunaka­n pembalut buah mempelam yang diimport dari Thailand atau China.

B

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia