Utusan Borneo (Sarawak)

Graduan berkemahir­an mampu jadi pencipta kerjaya: Mary

-

KOTA KINABALU: Graduan institut pengajian tinggi (IPT) yang menguasai bidang kemahiran mampu menjadi pencipta kerjaya.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mary Yap Kain Ching berkata, golongan pencipta kerjaya berperanan dalam membuka peluang kerjaya kepada graduan yang mencari kerja.

Menurutnya, dalam Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia, pihaknya berhasrat untuk melahirkan pelajar yang boleh membuka peluang pekerjaan kepada orang lain.

Justeru, beliau menganggap keadaan itu sebagai situasi menang-menang memandangk­an graduan kini mampu menghasilk­an bidang kerjaya mereka sendiri.

“Sebagai contoh, salah seorang pelajar Politeknik Kota Kinabalu (PKK) berjaya membuka dan menguruska­n sebuah resort.

“Pada masa sama, pihak berkenaan membantu membuka peluang pekerjaan kepada pencari kerja,” jelasnya.

Mary berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Karnival Kerjaya ‘Technical Vocational Education and Training’ (TVET) 2015 di sini kelmarin.

Karnival berkenaan melibatkan tiga institut TVET iaitu Politeknik Malaysia, Kolej Komuniti dan Kolej Vokasional.

Beliau turut mencadangk­an agar para penggiat industri menjalanka­n promosi yang lebih agresif berkaitan tawaran yang disediakan.

Menurutnya, usaha itu bagi membuka peluang yang lebih luas dan sekali gus menarik lebih ramai rakyat Sabah mengikuti bidang kemahiran.

“Tidak dinafikan, persepsi masyarakat sebelum ini melihat pelajar bidang kemahiran tidak cemerlang dalam akademik.

“Namun, sekarang ini, sudah banyak kejayaan yang membuk- tikan kecemerlan­gan graduan bidang kemahiran dalam bidang kerjaya masing-masing,” katanya.

Selain itu jelasnya, Sabah mempunyai banyak potensi pembanguna­n dalam pelbagai bidang melibatkan kemahiran.

“Aeroangkas­a adalah antara bidang yang akan dibangunka­n supaya lebih ramai pelajar tempatan mengikuti latihan dalam bidang ini.

“Sehubungan itu, Program ‘Work-Based Learning’ antara usaha yang dilaksanak­an kerajaan untuk mencapai matlamat yang disasarkan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penga- rah Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti Datuk Amir Md Noor berkata, kebolehpas­aran graduan Kolej Komuniti tahun ini secara umumnya mencapai 97.4 peratus.

Beliau berkata, pada tahun lepas, pencapaian yang direkodkan adalah 95.4 peratus dan 80 peratus pada tahun sebelumnya.

Menurutnya, peningkata­n berkenaan menunjukka­n tiada cabaran bagi pelajar yang kurang cemerlang akademik.

Ia kerana jelasnya, pelajar terbabit boleh menonjolka­n bakat dalam bidang yang mereka minati.

 ??  ?? KARNIVAL: Mary (tiga kanan) menyaksika­n Amir (dua kanan) bertukar dokumen Jalinan Industri dan Komuniti dengan Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Sabah Kamal Pardi (tiga kiri) pada majlis perasmian Karnival Kerjaya TVET 2015.
KARNIVAL: Mary (tiga kanan) menyaksika­n Amir (dua kanan) bertukar dokumen Jalinan Industri dan Komuniti dengan Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Sabah Kamal Pardi (tiga kiri) pada majlis perasmian Karnival Kerjaya TVET 2015.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia