Utusan Borneo (Sarawak)

Filem lakonan dan arahan Wang Lee Hom malam ini di

-

SEBUAH filem romantik komedi arahan dan lakonan penyanyi kesukaan ramai, Wang Lee Hom bakal menemui penonton pada malam ini (8 Oktober), jam 10.00 malam mengisi slot Golden Dragon di TV2.

Filem bertajuk ‘Love in Disguise’ sebuah komedi romantis tentang Du Minghan lakonan Lee Hom, seorang superstar – bintang pop selebriti yang telah memiliki segalanya.

Namun malangnya di sebalik populariti dan kemasyuran yang dimilikiny­a, dia dapat merasakan kekosongan hatinya yang masih belum bertemu cinta sejati.

Satu hari muncul seorang gadis bernama Song Xiao Qing (Crystal Liu Yi Fei) berhasil memikat hatinya. Xiao Qing adalah mahasiswa akademi muzik yang juga bertindak sebagai penyanyi solo guzheng.

Lalu bersama seorang temannya yang juga pemuzik bernama Wei Zhi Bo (Chen Han Dian), Minghan dan temannya itu telah menyamar sebagai mahasiswa biasa di kampus Xiao Qing untuk memikat gadis itu.

Semakin Minghan dekat dengan Ziao Qing, perasaan cinta semakin mekar. Meskipun Minghan kuat untuk terus berbohong, tetapi nampaknya suatu hari rahsia mereka terbongkar juga bila Xiao Qing berjaya membongkar rahsia mereka.

‘Love in Disguise’ turut dibintangi oleh Qiao Zhenyu, Joan Chen sebagai ibu dan juga Pengurus Ming Han dan penyanyi-penulis lagu Zeng Yike.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton program di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov. my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia