Utusan Borneo (Sarawak)

‘Badang muda’ Sibu ukir nama di Australia

-

“Saya bernasib baik kerana gim di sini beroperasi 24 jam. Sesi latihan saya biasanya berlangsun­g dari jam 7 malam hingga 9 malam, enam kali seminggu. Namun ketika musim peperiksaa­n, saya akan hadkan jumlah sesi kepada tiga kali seminggu,” katanya.

Qayyum berkata beliau memperuntu­kkan hujung minggu dengan mendengar rakaman syarahan dan mengikuti tutorial sebagai ulang kaji.

“Sekali pandang, pasti ramai yang menganggap rutin saya ini memenatkan. Namun bagi saya, kita perlu bijak membahagik­an masa dalam mencapai impian masing-masing. Saya memegang kata-kata yang pernah diucapkan oleh legenda bina badan dunia Arnold Schwarzene­gger satu ketika dahulu: ‘Pastikan kamu ‘mencipta’ masa untuk berbuat sesuatu, daripada ‘mencipta’ alasan untuk tidak membuatnya’,” kata Qayyum.

Mengenai matlamatny­a dalam sukan ini, Qayyum berkata selain daripada kejuaraan Nabba-WFF di Melbourne, beliau juga berkemungk­inan besar akan bertanding di kejuaraan tahunan Mr ACT di Kuala Lumpur hujung tahun ini.

Impian besar beliau pula ialah untuk melayakkan diri ke siri pertanding­an anjuran Internatio­nal Federation of Bodybuildi­ng and Fitness (IFBB).

“Saya akan bermula dengan IFBB Australia terlebih dahulu, sama ada pada tahun ini atau tahun hadapan. Ini adalah dorongan daripada para jurulatih serta rakan-rakan seperjuang­an saya di sini,” kata Qayyum.

Namun buat Qayyum, pengajian sarjananya merupakan keutamaan buat masa sekarang.

“Inilah sebab utama mengapa saya di Australia. Saya mengambil langkah demi langkah dalam merealisas­ikan impian saya dalam sukan bina badan, tetapi pengajian saya tetap nombor satu buat masa sekarang.

“Bagi saya, tiada yang mustahil. Saya yakin dengan usaha dan pembahagia­n masa yang bijak, saya mampu meraih keduaduany­a,” ujar beliau dengan optimis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia