Utusan Borneo (Sarawak)

Jerman datang untuk menang

-

penampilan untuk Poland, termasuk hatrik ketika menentang Georgia dan Gibraltar dalam kempen kelayakan.

“Semuanya bergantung kepada kami. Kami tahu Hampden adalah tempat yang sukar untuk menang. Kami menyedarin­ya,” tambah beliau.

“Jika kami menang, kami layak ke Euro 2016. Kami harus mengawal perasaan kami dan tidak berasa gen

” AFP BERLIN, Jerman: Jerman bertandang ke Ireland dengan mengharapk­an satu mata untuk mengesahka­n kelayakan ke Euro 2016 tetapi juara dunia itu mahu mencipta kemenangan untuk menghalang Poland muncul juara kumpulan.

“Kami tidak bermain untuk keputusan seri. Sasaran kami ialah memenangi perlawanan dengan kualiti kami,” kata pemain tengah Jerman, Ilkay Gundogan menjelang pertemuan di Stadium Aviva.

Jerman berada dua mata di tangga teratas Kumpulan D tetapi satu keputusan seri di Dublin mungkin membolehka­n Poland menduduki tangga teratas jika mereka menewaskan Scotland di Glasgow pada hari yang sama hari ini kerana memiliki kelebihan gol yang lebih baik.

Jerman bersedia untuk perlawanan menentang anak buah Martin O’Neil, yang mengikat Jerman 1-1 pada perlawanan di Gelsenkirc­hen Oktober tahun lepas.

“Kami tahu apa untuk dijangka, kami harus bermain dengan sabar sama seperti ketika kemenangan 3-2 di Scotland dan menanti peluang yang ada,” kata pemain pertahanan tengah Jerman dari kelab Bayern Munich, Jerome Boateng.

Dua umpanan jauh Boateng menghasilk­an gol ketika Bayern membelasah Borussia Dortmund 5-1 Ahad lepas dan beliau adalah sebahagian dari skuad Jerman yang menewaskan Ireland 6-1 pada perlawanan kelayakan Piala Dunia, Oktober 2012.

“Saya berharap semuanya memihak kepada kami seperti perlawanan sebelum ini,” kata Boateng, yang dijangka membuat penampilan ke-55 b J AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia