Utusan Borneo (Sarawak)

Ketiadaan Messi, Neymar pasti akan dirasai

Brazil mulakan kempen kelayakan Piala Dunia 2018 berdepan Chile, Argentina layan kunjungan Ecuador

-

Semua perlawanan mempunyai sejarahnya sendiri dan masa sudah berubah tetapi hakikatnya kami bermain dengan baik menentang Chile bila sahaja kami bermain menentang mereka.” Kaka

Pemain veteran Brazil

MONTEVIDEO, Uruguay: Lionel Messi dan Neymar tidak akan beraksi untuk Argentina dan Brazil ketika kedua-dua pasukan memulakan kempen kelayakan ke Piala Dunia 2018 Rusia hari ini.

Messi, yang mengalami kecederaan sementara Neymar digantung perlawanan, adalah dua bintang u t a m a b o l a

s e p a k Amerika S e l a t a n yang tidak akan beraksi untuk kelayakan ke Rusia.

Uruguay juga tanpa kelibat penyerang sensasi Luis Suarez dan Edinson Cavani sementara Colombia tanpa khidmat James Rodriguez, yang juga mengalami kecederaan.

Brazil dan Argentina, dua kuasa bola s e p a k

d e n - gan cub cubaa bangkit dari kempen mengecewak­an d i C o p a A m e r i k a ,

y a n g Amerika Selatan, memulakan kempen mereka meny a k - sikan Chile menjulang kejuaraan pada kejohanan yang berlangsun­g di tanahair mereka.

Kempen Brazil dalam Copa Amerika berakhir dengan kekalahan kepada Paraguay di suku akhir, kekalahan yang menambah lagi kemurungan di seluruh negara Brazil yang masi masih h dibayangi kekalahan memalukan 1- 7 kepada Jerman pada perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2014.

Kempen Argentina di Copa Amerika, walaupun lebih baik berbanding Brazil, namun berakhir dengan kekecewaan kerana tewas kepada Chile di final menerusi penentuan sepakan penalti.

Brazil akan memulakan perlawanan kelayakan menentang Chile di Santiago sementara Argentina akan menanti kunjungan Ecuador di Buenos Aires.

Tetapi ketika prestasi Copa Amerika mencadangk­an Chile adalah pasukan pilihan untuk menang, Brazil memulakan perlawanan dengan sejarah memihak kepada mereka.

Brazil hanya tewas sekali kepada Chile dalam kempen kelayakan Piala Dunia, tewas 0- 3 pada kempen kelayakan ke Piala Dunia 2002.

Dari 14 pertemuan sejak kekalahan itu, Brazil menang 12, seri dua kali dan tidak pernah kalah.

“Semua perlawanan mempunyai sejarahnya sendiri dan masa sudah berubah tetapi hakikatnya kami bermain dengan baik menentang Chile bila sahaja kami bermain menentang mereka,” kata pemain veteran Brazil, Kaka, yang dipanggil ke dalam skuad Brazil oleh jurulatih Dunga untuk menggantik­an Philippe Coutinho yang mengalami kecederaan.

Kemenangan terakhir Brazil ke atas Chile ialah pada bulan Mac, 1-0 di London selepas kemenangan di pusingan kedua Piala Dunia 2014.

“Mana- mana perlawanan menentang Chile sentiasa sukar tetapi kami berazam untuk menang,” kata pemain pertahanan Brazil, David Luiz.

Hanya satu faktor penting buat Brazil ialah ketiadaan k a p t e n pas pasu-u -

kan, Neymar,

m a s i h digantung selepas dibuang padang semasa perlawanan men e n t a n g C o l o m - bia dalam aksi Copa Amer Amerikai k a pada bulan Jun. N a m u n Brazil tidak menunjukka­n

s e -

b a r a n g kegelisaha­n menjelang

yang persediaan perlawanan, dengan mengadakan sesi latihan terbuka di hadapan sejumlah penyokong dan wartawan yang ramai.

Chile bagaimanap­un membuat persediaan secara tertutup dengan jurulatihn­ya, Jorge Sampaoli hanya menghadkan masa 15 minit untuk kehadiran media setiap hari di kompleks Juan Pinto Duran.

“Sekarang kami memulakan babak baharu, bersama- sama kami boleh melakukann­ya,” kata kapten Chile, Claudio Bravo.

Argentina akan memulakan kehidupan tanpa kapten mereka, Messi, apabila menentang Ecuador di Buenos Aires.

Messi, yang dipersalah­kan oleh sesetengah pihak ekoran satu lagi kempen mengecewak­an di Copa Amerika, tidak dapat beraksi kerana kecederaan serius di bahagian lutut ketika bermain untuk kelabnya, Barcelona bulan lepas.

Javier Mascherano, yang akan memangku tugas kapten pasukan ketika ketiadaan Messi, meminta rakanrakan sepasukan untuk tidak menjadikan ketiadaan Messi sebagai satu alasan.

“Ia sentiasa lebih baik dengan kehadiran Messi,” kata Mascherano.

“Tetapi beliau tidak akan dapat bermain dan kami harus cuba mendapatka­n keputusan positif dan tidak menjadikan ia satu alasan.”

Pada perlawanan lain, Uruguay akan bertandang ke La Paz menentang Bolivia tanpa Suarez dan Cavani.

Colombia, yang akan bertemu Uruguay pada perlawanan kedua, bertemu Peru di Barranquil­la tanpa James Rodriguez dan ini bermakna jentera serangan Colombia akan diketuai penyerang veteran, Radamel Falcao. — AFP

 ?? — Gambar AFP
— Gambar AFP ?? DIGANTUNG: Ney- mar (kiri) berjaya mengelak daripada terjahan keras pemain Colombia pada aksi Copa Amerika di 2015 Copa America Santiago, Chile semalam. SENTUHAN AJAIB: Messi (kiri) dengan tenang menggelece­k melepasi dua pemain Paraguay pada aksi...
— Gambar AFP — Gambar AFP DIGANTUNG: Ney- mar (kiri) berjaya mengelak daripada terjahan keras pemain Colombia pada aksi Copa Amerika di 2015 Copa America Santiago, Chile semalam. SENTUHAN AJAIB: Messi (kiri) dengan tenang menggelece­k melepasi dua pemain Paraguay pada aksi...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia