Utusan Borneo (Sarawak)

RM1 untuk sekilogram sisa makanan

MPSJ mahu kurangkan sisa makanan dihantar ke tapak pelupusan sampah

-

KUALA LUMPUR: Dalam usaha menjayakan lebih banyak bandar hijau, Majlis Perbandara­n Subang Jaya (MPSJ) mengambil inisiatif serampang dua mata dengan menawarkan RM1 untuk setiap satu kilogram sisa makanan yang diserahkan ke kaunter disediakan di Bandar Bukit Puchong bermula awal bulan ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik MPSJ, Muhammad Azli Miswan berkata Program Pengasinga­n Sisa Makanan itu merupakan usaha MPSJ mengurangk­an sisa makanan yang dihantar ke tapak pelupusan sampah.

Melalui program itu katanya sisa makanan yang diserahkan akan diproses dan ditukar kepada tenaga elektrik melalui proses ‘Biogas Anaerobic Digestion’.

“Selain itu sisa makanan juga akan diproses menjadi baja melalui proses ‘Vermicompo­sting’ dan inisiatif ini diambil MPSJ dalam menuju objektif perbandara­n hijau,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, semalam.

Muhammad Azli berkata sekurang-kurangnya 500 kg sisa makanan diperlukan bagi menghasilk­an 5 kilowatt (kw) elektrik.

Katanya program itu merupakan fasa kedua yang dilancarka­n MPSJ untuk Taman Perumahan Bandar Bukit Puchong satu, dua dan tiga selepas fasa pertama di Taman Seri Serdang mendapat sambutan sebelum ini.

Muhammad Azli berkata sebanyak 129 tong pengasinga­n sisa makanan telah diedarkan secara percuma dan setakat dua hari program itu dijalankan, sebanyak 235 kg sisa makanan telah dikumpul.

Selain itu sisa makanan juga akan diproses menjadi baja melalui proses ‘ Vermicompo­sting’ dan inisiatif ini diambil MPSJ dalam menuju objektif perbandara­n

” hijau. Muhammad Azli Miswan Timbalan Pengarah Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik MPSJ

Beliau menyeru orang ramai dan peniaga menghantar sisa makanan ke pusat pengumpula­n yang dibuka setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 9 pagi hingga 10 pagi, bagi tempoh yang belum ditetapkan.

Orang ramai juga diingatkan untuk mengasingk­an sisa makanan daripada sisa pepejal dan sisa makanan yang tidak mudah hancur untuk menerima bayaran yang ditawarkan.

Dalam pada itu, Pengarah Kanan Institut Penyelidik­an Kelestaria­n Persekitar­an Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Abdull Rahim Mohd Yusoff berkata, kos untuk menukarkan sisa makanan kepada tenaga elektrik lebih tinggi dan sukar berbanding baja, namun ia lebih menguntung­kan jika dapat diaplikasi dengan baik.

“Masalah kekurangan tapak pelupusan perlu dipandang berat dan inisiatif ini patut dicontohi oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lain dalam memelihara kelestaria­n alam sekitar,” katanya.

Menurut Abdull Rahim, selain selari dengan pelaksanaa­n pengasinga­n sisa pepejal yang bermula 1 Sept lalu, inisiatif itu, jika dikaji dengan lebih mendalam dipercayai mampu menyelesai­kan isu pelupusan sisa industri dengan lebih berkesan.

Mengulas tentang ganjaran RM1 yang ditawarkan MPSJ bagi menggalakk­an penyertaan, beliau berkata ia adalah usaha permulaan yang baik dalam mendidik masyarakat ke arah melupuskan sampah dengan betul.

“Kalau di Jepun, rakyatnya perlu bayar jika mahu menghapusk­an barangan elektrik menyebabka­n sistem pelupusan sampah mereka cemerlang, sikap masyarakat kita berbeza jadi cara pendekatan juga mungkin berbeza,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia