Utusan Borneo (Sarawak)

KDN akan perjelas penempatan 3,000 pelarian Syria, kata Reezal

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Dalam Negeri akan memberi penjelasan terperinci mengenai 3,000 pelarian Syria yang akan mendapat perlindung­an di Malaysia dalam tempoh tiga tahun, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Beliau berkata pada masa sekarang perkara tersebut masih pada peringkat awal.

“Ini masih pada peringkat awal. Tidak ada apa lagi pada saya. KDN yang akan uruskan,” katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai hasrat Malaysia menerima 3,000 pelarian Syria dalam tempoh tiga tahun.

Minggu lepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapannya pada Perhimpuna­n Agung ke-70 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengumumka­n kesediaan Malaysia menerima 3,000 pelarian Syria bagi membantu krisis pelarian rakyat Syria.

Timbalan Perdana Menteri Datuk seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pula berkata Malaysia akan menawarkan perlindung­an dan pekerjaan sementara kepada semua pelarian terbabit selain kemudahan pendidikan semasa di negara ini.

Sementara itu dalam ucapannya pada majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang dan Jasamu Dikenang 2014, Reezal Merican menyifatka­n tempoh dua bulan tujuh hari beliau selama berada di Wisma Putra sebagai penuh warna dan pengalaman yang pelbagai.

“Saya berpeluang menyertai beberapa perbincang­an, mesyuarat dan membuat kenyataan akhbar sehinggala­h saya disifatkan sebagai seorang timbalan menteri yang tidak berprotoko­l.

“Saya menganggap semua pengalaman itu sebagai lengkungan pembelajar­an,” katanya.

Pada majlis anugerah hari ini, seramai 61 warga kerja Kementeria­n Luar yang berkhidmat di Wisma Putra dan 34 lagi warga kerja yang berkhidmat di pejabat perwakilan Malaysia di pelbagai negara menerima anugerah perkhidmat­an cemerlang.

Turut diberikan penghargaa­n ialah 22 pesara yang menerima anugerah Jasamu Dikenang. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? APA KABAR?: Reezal Merican bersama para penerima Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) pada majlis penyampaia­n APC dan Jasamu DiKenang 2014 di Wisma Putra semalam.
— Gambar Bernama APA KABAR?: Reezal Merican bersama para penerima Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) pada majlis penyampaia­n APC dan Jasamu DiKenang 2014 di Wisma Putra semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia