Utusan Borneo (Sarawak)

Tanah runtuh di Guatemala, puluhan maut

Kampung pergununga­n yang sudah beberapa kali diarah pindah akhirnya tertimbus

- Muka

SANTA CATARINA PINULA: Sekurangku­rangnya 30 orang telah terbunuh dan beberapa ratus orang hilang kelmarin sehari selepas satu kejadian tanah runtuh melanda melalui sebuah kampung di luar bandar ibu negara Guatemala City, menurut pihak berkuasa.

Lebih daripada 500 orang pekerja penyelamat, polis dan anggota tentera, termasuk penduduk terdesak, mengalihka­n runtuhan dengan jentera pemetik dan menyodok bagi mencari mangsa yang masih hidup sepanjang hari dan hingga ke lewat petang, sebelum menangguhk­an pencarian yang sukar ini pada waktu malam.

Anggota keluarga telah melaporkan menerima pesanan ringkas daripada orang yang mereka percayai masih lagi terperangk­ap, lebih dari 24 jam selepas kejadian tanah runtuh melanda perkampung­an El Cambray II, di perbandara­n Santa Catarina Pinula.

Pihak berkuasa menyatakan bahawa kira-kira 600 orang telah hilang dan mereka menjangkak­an angka kematian akan meningkat.

Anggaran mereka adalah berdasarka­n kepada 125 buah rumah yang musnah ketika kejadian tanah runtuh Khamis lepas atau musnah selepas hujan lebat.

Kawasan yang terjejas adalah kira-kira 15 kilometer di timur ibu negara Guatemala City.

“Kami mempunyai 29 orang yang meninggal dunia telah dikenalpas­ti dan seorang yang masih belum dikenali,” kata Sergio Cabanas, komander insiden bagi pejabat penguranga­n bencana milik kerajaan CONRAD.

Ma n g s a te r m a s u k sekurang- kurangnya tiga kanak-kanak.

Seramai 34 orang telah dikeluarka­n hidup-hidup dari dalam lumpur dan runtuhan, sementara 25 orang lagi telah tercedera, menurut pejabat CONRAD.

Kesanbagih­ujanlebata­dalah bertambah teruk dengan sebuah sungai berhampira­n, menurut pihak berkuasa.

Pihakberku­asaperband­aran sudah beberapa kali menggesa penduduk agar berpindah, terbaharu November lepas.

Di sebalik runtuhan, Josue Coloma, 40, seorang mekanik, kelihatan cemas memandang ke arah seorang anggota penyelamat yang menggali melalui lumpur mencari sebarang petunjuk bagi dua anak saudara lelakinya yang berusia 11 dan 14 tahun.

“Anak saudara saya seharusnya berada di tempat di mana saya sedang berdiri,” Coloma memberitah­u AFP. “Saya percaya kepada Tuhan bahawa mereka selamat.”

Dua orang anggota keluarga lain yang berada bersama dengan kanak-kanak pada masa tanah runtuh telah dikeluarka­n hidup- hidup, kata Coloma, sementara ibu bapa mereka terselamat kerana mereka tidak berada di dalam rumah ketika itu untuk satu upacara keagamaan.

“Kerja menyelamat adalah sangat sukar kerana keadaan lembah, ia secara praktikaln­ya seperti ia adalah sebuah gunung,” kata Cecilio Chacaj, seorang anggota penyelamat dengan sebuah unit bomba tempatan.

Tidak lama selepas Chacaj bercakap kepada AFP beliau telah mengeluark­an seorang mangsa terselamat dari bawah runtuhan.

Presiden Alejandro Maldonado menyatakan beberapa buah negeri, termasuk Amerika Syarikat dan Cuba telah menawarkan untuk membantu.

“Kami adalah sebuah negara yang cantik namun malangnya kami terdedah kepada malapetaka sebegini,” Maldonado memberitah­u wartawan.

Usaha pencarian bagi mangsa terselamat telah dijangka akan diteruskan pada waktu pagi.

Lapanorang­telahmenin­ggal duniadalam­kejadianbe­rkaitan dengan cuaca sebelum ini yang dikaitkan dengan musim hujan di Guatemala, yang berlangsun­g sejak Mei hingga November, menurut kepada data kerajaan.

Musim hujan pada tahun lepas telah dikaitkan dengan 29 kematian dan kerosakan kepada lebih daripada 9,000 buah rumah. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? TRAGEDI: Anggota pasukan penyelamat dan sukarelawa­n mencari mangsa tanah runtuh di Santa Catarina Pinula, pinggir Guatemala City kelmarin.
— Gambar Reuters TRAGEDI: Anggota pasukan penyelamat dan sukarelawa­n mencari mangsa tanah runtuh di Santa Catarina Pinula, pinggir Guatemala City kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia