Utusan Borneo (Sarawak)

Veteran tentera wira serangan di Oregon

-

ROSEBURG: Seorang veteran tentera dipuji sebagai seorang wira kerana menyerbu penyerang semasa kejadian tembakan beramai- ramai di sebuah kolej di Oregon, sebelum ditembak meskipun merayu hari tersebut adalah hari jadi anak lelakinya.

Chris Mintz, 30, yang sedang menuntut untuk menjadi jurulatih kecergasan di Kolej Umpqua di Roseburg, telah ditembak lima kali oleh penyerang bersenjata dikenali sebagai Christophe­r Harper Mercer.

KeluargaMi­ntzmenyata­kan mangsa menutup pintu kelas ketika tembakan bermula pada Khamis lepas bagi menghalang Mercer masuk.

Namun penyerang berjaya masuk dan menembak Mintz beberapa kali, tidak mengendahk­an rayuan mangsa bahawa hari tersebut adalah hari jadi keenam anak lelakinya Tirek.

“Beliau menerima tiga das tembakan, jatuh ke atas lantai, memandang ke atas ke arah penyerang dan menyatakan ‘ ia adalah hari jadi anak lelaki saya’ dan ditembak sebanyak dua kali lagi,” ibu saudara Mintz, Wanda Mintz, memberitah­u Fox 8, sebuah cawangan CNN.

“Beliau boleh terbunuh dengan sangat mudah,” kata beliau lagi.

Beliau menyatakan Mintz telah ditembak di bahagian belakang, perut, tangan kiri dan sekali pada setiap kakinya namun dijangka akan pulih.

“Beliau terpaksa belajar untuk berjalan semula,” Ariana Earnhardt, sepupu Mintz, memberitah­u Fox 8.

“Namun beliau telah berjalan keluar dengan selamat dan itu lebih penting berbanding perkara yang lain.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia