Utusan Borneo (Sarawak)

Usahawan wanita perlu tumpu pada perniagaan, kata Rafidah

Fahami profil pasaran, persaingan serta manifestas­i jalankan perniagaan

-

GEORGE TOWN: Sebagai usahawan, wanita tidak perlu memberi tumpuan kepada jantina mereka sebagai wanita, tetapi apa yang penting dalam perniagaan, kata penaung Persatuan Kebangsaan Usahawan Wanita Malaysia (NAWEM), Tan Sri Rafidah Aziz.

Beliau berkata untuk menjadi usahawan yang baik, mereka perlu memahami profil pasaran, persaingan serta manifestas­i menjalanka­n perniagaan.

“Saya ingin mengatakan bahawa bukan wanita yang lemah tetapi orang yang kebetulann­ya adalah wanita itu yang lemah. Anda perlu mempunyai ketabahan dan daya tahan untuk berdepan dan menangani cabaran dalam pasaran dan persekitar­an operasi.

“Anda mesti bersedia untuk belajar sesuatu yang baharu dan relevan, tidak setakat hanya berpuas hati dengan apa yang anda ketahui sahaja,” katanya dalam ucap tama beliau pada Persidanga­n Inspirasi Wanita dalam Perniagaan 2015 anjuran NAWEM, di sini, semalam. Ucap tama beliau disampaika­n menerusi rakaman video.

Beliau berkata wanita yang berkecimpu­ng dalam perniagaan bersaiz sederhana mempunyai peluang untuk mengeksplo­itasikan pasaran ASEAN.

Rafidah berkata wanita perlu mengambil peluang itu dengan merentas sempadan untuk menjalin kerjasama perniagaan, usaha sama dan penggabung­an dalam sektor yang mempunyai potensi be- sar di beberapa negara anggota ASEAN.

“Ini adalah perkara yang anda boleh cari sebagai peluang. Pergi ke negara-negara yang belum lagi maju, jadi yang pertama berada di sana, jadi perintis dan kemudian kembangkan pasaran, dan bangunkan segmen pasaran anda sendiri di sana,” katanya.

Sementara itu, Rafidah berkata terdapat banyak lagi bahagian yang boleh dieksploit­asikan wanita dalam perkhidmat­an pendidikan dan perniagaan seperti kesihatan, di mana mereka mempunyai beberapa pandangan.

“Anda tidak perlu pergi kepada wanita juga. Anda boleh pilih sesiapa sahaja dan jalin usaha sama. Lupakan bahawa anda adalah wanita, fikirkan diri anda sebagai seorang ahli perniagaan. Apabila anda pergi ke bank, mereka bukan bercakap pasal anda sebagai seorang wanita tetapi tentang cadangan perniagaan anda,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia