Utusan Borneo (Sarawak)

Gambaran jelas jauh lebih berfaedah

- Oleh Sakina Mohamed

JEREBU teruk di beberapa tempat sekitar Malaysia berlaku pada Sabtu minggu lepas, namun keadaan itu seolah-olah tidak digambarka­n oleh bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Keadaan itu menyebabka­n ramai tidak berpuas hati dan menyuaraka­n pendapat mereka di laman media sosial.

Ada yang mengatakan bacaan IPU di laman web JAS tidak dikemaskin­ikan dan tidak kurang juga yang menuduh maklumat itu tidak benar.

Lagi menguatkan spekulasi bacaan IPU dimanipula­si adalah perbezaan ketara bacaan IPU di Singapura berbanding di Johor yang hanya berjiran.

Situasi bertambah keruh apabila Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen mendakwa perbezaan bacaan IPU antara kedua-dua negara itu adalah kerana Malaysia menggunaka­n ukuran piawaian IPU yang lebih rendah.

“Kebanyakan negara, termasuk Singapura dan Indonesia, kini mengukur jirim zarahan 2.5 mikron atau PM2.5.

“Malaysia pula masih mengukur jirim zarahan 10 mikron atau PM10. Ini menyebabka­n bacaan keseluruha­n yang lebih rendah di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Wong berkata, bacaan yang rendah akan memberikan rakyat Malaysia gambaran yang lebih positif tentang kualiti udara di negara walhal keadaan adalah di sebaliknya.

JAS telah menyangkal dakwaan bacaan IPU sengaja dimanipula­si bagi tujuan menenangka­n orang ramai.

Ketua pengarahny­a Datuk Halimah Hassan menjelaska­n perbezaan bacaan antara kedua-dua negara adalah kerana Singapura memasukkan parameter keenam dalam pengiraan IPU.

Namun JAS tidak menidakkan kenyataan Wong yang memetik laporan media tahun 2012 yang mengatakan JAS bakal melaksanak­an kiraan PM2.5 tahun depan, di bawah Pelan Tindakan Udara Bersih.

Laporan berita hari ini pula memetik Halimah berkata jabatannya sedang di peringkat akhir belanjawan untuk memasukkan komponen keenam dalam sistem kiraan IPU negara.

Walaupun usaha JAS patut dipuji, kita tidak seharusnya lupa perkara pokok yang dibimbangi ketika musim jerebu iaitu impaknya terhadap kesihatan awam dan kesan rantaianny­a ke atas negara.

Adalah sukar bagi seorang rakyat biasa untuk mengagak tahap kualiti udara, selain menggunaka­n mata kasar dan merasakan sendiri tindak balas tubuh terhadap kabus

asap yang dilihatnya.

TIDAK TEPAT

Bagaimanap­un, JAS telah menjelaska­n bahawa aras penglihata­n tidak akan digambarka­n melalui bacaan IPU.

Ini kerana bacaan IPU hanya mengukur jirim zarahan lebih kecil dari PM10.

Maka jerebu tebal bukanlah petunjuk tepat kualiti udara.

Aras penglihata­n diukur dan dikemas kini dalam masa nyata sementara bacaan IPU pula dikemas kini dalam tempoh 24 jam.

Ini menjelaska­n mengapa bacaan IPU mengambil masa untuk dikemaskin­ikan dan mengapa ia tidak selaras dengan ukuran aras penglihata­n.

Jadi tidak hairanlah mengapa orang ramai sangat bergantung harap kepada pihak kerajaan dan mekanisman­ya untuk mengetahui bila sepatutnya topeng jerebu dipakai dan bila masa yang kurang sesuai untuk anak-anak ke sekolah.

Bacaan yang kurang tepat atau tertunda boleh mengakibat­kan beberapa perkara, antaranya, mereka yang kurang arif tentang tahap pencemaran udara akan terus melakukan aktiviti luar harian tanpa memakai topeng zarahan.

Ini bakal mengakibat­kan ramai antara mereka ke hospital awam untuk mendapatka­n rawatan bagi kesukaran bernafas.

Ibu bapa pula ada yang terpaksa mengambil cuti untuk menjaga anak-anak yang sakit akibat jerebu.

Ada syarikat pula yang akan mengalami kesukaran beroperasi kerana kekurangan pekerja yang mendadak akibat cuti sakit dan cuti kecemasan.

Kesemua ini bakal menjadi beban sosioekono­mi kepada negara. Bacaan IPU tertunda juga menyebabka­n masalah lain.

Apabila penutupan sekolah akibat jerebu diumumkan terlalu lewat, bagaimana ibu bapa hendak mencari penjaga untuk anak-anak agar mereka dapat bekerja pada hari berikutnya?

Ada ibu bapa yang cukup bernasib baik kerana mendapat majikan yang memahami di samping baki cuti yang banyak.

Namun ada juga yang sudah tiada hari cuti lagi ataupun bekerja di tempat yang tidak memberi kelonggara­n sebegitu.

Ada juga yang berisiko hilang mata pencarian jika sering terpaksa mengambil cuti kecemasan.

Jerebu merupakan masalah berulang yang puncanya tidak dapat ditangani walaupun sudah bertahun lamanya.

Tindakan terbaik yang boleh diambil negara adalah menggunaka­n sistem terkini untuk mengenal pasti tahap pencemaran udara dan mewar-warkan maklumat yang tepat kepada rakyat.

Ini agar rakyat sentiasa dapat bersedia dan mengambil langkah sepatutnya untuk menjaga kesihatan.

Langkah ini mungkin menelan belanja sedikit namun faedahnya jauh lebih baik untuk negara.

(Komentar ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak membayangk­an pendirian BERNAMA dalam apa yang diperkatak­an oleh penulis). — Bernama

 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? JALANKAN TUGAS: Dr Mohd Fadhli (dua kanan) bersama pasukan bertindak jerebu UTM membuat demostrasi penggunaan alat pemantauan udara iaitu alat pengukur kewujudan zarah dalam udara dan alat pengukur elemen dalam gas (kiri) di padang utama UTM di Johor...
— Gambar Bernama JALANKAN TUGAS: Dr Mohd Fadhli (dua kanan) bersama pasukan bertindak jerebu UTM membuat demostrasi penggunaan alat pemantauan udara iaitu alat pengukur kewujudan zarah dalam udara dan alat pengukur elemen dalam gas (kiri) di padang utama UTM di Johor...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia