Utusan Borneo (Sarawak)

Punca 73% kematian di hospital k’jaan

-

SEBANYAK 73 peratus kematian di hospital kerajaan adalah disebabkan penyakit tidak berjangkit (NCD) terutamany­a membabitka­n masalah obesiti, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Beliau berkata di ASEAN, Malaysia adalah negara yang mempunyai jumlah penduduk gemuk tertinggi diikuti Thailand dan Singapura.

“Di negara ASEAN ini, memang Malaysia yang paling gemuk, 44.3 peratus penduduk mempunyai BMI (Indeks Jisim Tubuh) lebih daripada 25.

Orang Malaysia ini makan enam kali sehari.

Kita pun makan banyak makanan berlemak dan kurang bersenam.

“Gaya hidup masyarakat sekarang pun sudah berubah, sekarang mereka banyak tengok komputer dan media sosial,” katanya pada sidang akhbar selepas menyerahka­n 23 lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha kepada masjid dan agensi kerajaan terpilih di Parlimen Balik Pulau, di Balik Pulau baru-baru ini.

Beliau berkata masalah penyakit NCD seperti kencing manis, darah tinggi, obesiti serta strok amat membimbang­kan dan ia boleh menyumbang kepada pelbagai penyakit serius yang lain.

Justeru, Dr Hilmi berkata setiap rakyat Malaysia perlu mengubah gaya hidup dengan mengamalka­n pemakanan yang sihat dan melakukan aktiviti senaman yang konsisten.

“Kementeria­n juga turut mempergiat­kan kempen ubah cara hidup. Jadi, kita kena ubah hidup kita. Kalau di pejabat ada lif cuba naik tangga,” katanya. — Bernama

 ??  ?? SELAMAT ULANG TAHUN: Sebahagian daripada ahli-ahli yang hadir memotong kek sempena sambutan ulang tahun kedua persatuan pada 27 September lepas. UNTUK PERNAFASAN BETUL: Ahli-ahli Persatuan Tai Chi Qi Gong Sibashi Taman Matang Jaya melakukan senaman...
SELAMAT ULANG TAHUN: Sebahagian daripada ahli-ahli yang hadir memotong kek sempena sambutan ulang tahun kedua persatuan pada 27 September lepas. UNTUK PERNAFASAN BETUL: Ahli-ahli Persatuan Tai Chi Qi Gong Sibashi Taman Matang Jaya melakukan senaman...
 ??  ?? SEMINAR: Para peserta Seminar ‘Tour Jom Kurus’ bersama Kevin Zahri.
SEMINAR: Para peserta Seminar ‘Tour Jom Kurus’ bersama Kevin Zahri.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia