Utusan Borneo (Sarawak)

Kurup gesa belia patuhi prinsip Rukun Negara demi perpaduan nasional

-

KUALA LUMPUR: Seorang Menteri Kabinet semalam menggesa golongan belia supaya mematuhi prinsippri­nsip Rukun Negara bagi membantu mencapai perpaduan nasional yang lebih hebat.

Menteri di Jabatan Per- dana Menteri Tan Sri Joseph Kurup berkata adalah perlu untuk menyemai dan meningkatk­an kesedaran Rukun Negara dalam kalangan generasi muda untuk membina asas bagi masa depan yang lebih baik.

“Seperti yang kita sedia maklum, Rukun Negara ini diilhamkan oleh perdana menteri kedua (Tun Abdul Razak Hussein). Ia merupakan satu perkara yang amatpentin­g sekali bagi kita menghayati dan mewujudkan perpaduan yang mantap,” katanya.

Prinsip-prinsip Rukun Negara ialah Kepercayaa­n kepa- da Tuhan; Kesetiaan Kepada Raja dan Negara; Keluhuran Perlembaga­an; Kedaulatan Undang-Undang dan Kesopanan dan Kesusilaan.

Berucap melancarka­n Wacana Pembinaan Komuniti dan Kesetiaan Perpaduan Belia di sini semalam, Kurup berkata negara memerlukan lebih ramai anak-anak muda untuk lebih melibatkan diri dalam membuat komitmen untuk menyumbang demi kebaikan masyarakat.

Kurup menegaskan bahawa kesedaran mengenai Rukun Negara akan menyokong sebuah negara yang majmuk dan pelbagai sebagai satu entiti, di mana kesedaran tentang perpaduan akan membawa negara kepada kemegahan yang gemilang.

“Jika bersatu, kita boleh menjalin pakatan yang boleh merebut peluang untuk terus bersatu dan bersama-sama ke arah negara yang lebih berdaya tahan, inklusif dan mampan,” katanya.

Wacana anjuran Komuniti Baha’i Malaysia, adalah untuk membolehka­n golongan belia membincang­kan bagaimana perpaduan boleh digunakan sebagai jalan sebenar persahabat­an dalam kalangan masyarakat tempatan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MESRA: Kurup (kiri) beramah mesra bersama Ahli Kelainan Upaya Komuniti Baha’i Malaysia Nadeera Vasu (kanan) pada Majlis Perasmian ‘Youth Unity Devotional and Community Building Discourse’ di Pusat Kreatif Kanak- Kanak Tuanku Bainun di Kuala Lumpur,...
— Gambar Bernama MESRA: Kurup (kiri) beramah mesra bersama Ahli Kelainan Upaya Komuniti Baha’i Malaysia Nadeera Vasu (kanan) pada Majlis Perasmian ‘Youth Unity Devotional and Community Building Discourse’ di Pusat Kreatif Kanak- Kanak Tuanku Bainun di Kuala Lumpur,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia