Utusan Borneo (Sarawak)

Guru tidak harus jadikan latihan perniagaan sebagai beban

-

PUTRAJAYA: Guru- guru tidak seharunya menjadikan latihan perniagaan kepada para pelajar sebagai satu beban, sebaliknya melihat ia sebagai peluang untuk masa depan sendiri, kata Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kokurikulu­m dan Kesenian Kementeria­n Pendidikan Mohammad Annuar Abdul Hamid.

Beliau berkata menerusi latihan perniagaan kepada para pelajar ia secara tidak langsung memberi ilmu serta pengetahua­n tambahan kepada para guru yang berminat menceburi bidang keusahawan­an dan perniagaan apabila bersara kelak.

“Jadikan ini sebagai peluasan ilmu kerana mungkin satu hari nanti guru- guru akan bertukar profesion, malah saya lihat ramai guruguru walaupun belum bersara tapi telah menceburi bidang perniagaan,” katanya ketika berucap merasmikan Karnival Usahawan Cilik 2015 di sini semalam.

Karnival dua hari mulai se- malam berlangsun­g di Anjung Floria, Presint 4 di sini.

Mohammad Annuar menarik perhatian apabila berkata adalah wajar untuk melibatkan pelajar sekolah dalam bidang perniagaan sebagai satu usaha membimbing­serta melatih mereka memilih keutamaan dalam kehidupan seharian.

“Kita takut bila kanakkanak ini letak keutamaan yang salah, kita salah bagi sentuhan maka 20 tahun akan datang apa akan jadi dengan mereka,” katanya.

Sementara itu, pengarah program Norni Osman berkata karnival yang julung kali diadakan itu merupakan kemuncak kepada Program Orientasi Keusahawan­an Kanak-Kanak Malaysia (MyCEO) yang diadakan sebelum ini.

Katanya seramai 700 pelajar dari 100 sekolah rendah sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya terlibat dalam karnival itu yang akan diperluask­an ke seluruh negara tahun depan bagi membolehka­n lebih banyak sekolah mengambil bahagian.

Sementara itu, Puteri Elena Shamsul Izwan, 11, yang terlibat dalam karnival itu berkata beliau berminat dengan perniagaan sejak kecil apabila sering bermain ‘jual-jual’ dengan adik-beradiknya.

“Seronok sangat menjual di karnival ini lagi-lagi bila ramai yang datang membeli di gerai minuman kami,” kata pelajar Sekolah Kebangsaan Assunta 2, Petaling Jaya itu yang tidak malu untuk menjerit- jerit memanggil pelanggan.

Sementara itu, pelajar Sekolah Kebangsaan Sg Pelong, Sungar Buloh, Muhammad Syazwan Sidan,12, berkata penyertaan­nya dalam karnival itu merupakan pendedahan kepadanya untuk berniaga pada masa depan.

Muhammad Syazwan juga penghuni rumah anak yatim Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras berkata : “Kadang-kadang akademik tidak bagus jadi kalau pandai berniaga mungkin akan berjaya satu hari nanti”. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? USAHAWAN CILIK: Kanak-kanak menjalanka­n aktiviti perniagaan sempena Karnival Usahawan Cilik di Anjung Floria Presint 4, Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama USAHAWAN CILIK: Kanak-kanak menjalanka­n aktiviti perniagaan sempena Karnival Usahawan Cilik di Anjung Floria Presint 4, Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia