Utusan Borneo (Sarawak)

Masyarakat harus beri maklumat warga emas ditinggal anak-anak, kata Dr Annuar

-

SIBU: Masyarakat diharap memberi kerjasama memberi maklumat warga emas ditinggalk­an sendirian oleh anakanak mereka kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) supaya warga emas terbabit boleh dibantu.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Nangka, Dr Annuar Rapa’ee berkata ramai warga emas ditinggalk­an sebatang kara kerana anak-anak mereka bekerja jauh dan tidak diperdulik­an mereka.

“Masyarakat awam harus tolong-menolong antara satu sama lain.

Kalau semangat masyarakat diikuti, tidak ada orang kurang upaya (OKU) diabaikan atau warga emas ditinggalk­an,” katanya

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Penutupan Program ‘Family Walkhaton: No One Left Behind’ di sini, semalam.

Hadir sama Penaung Pu- sat Perkhidmat­an Warga Emas (PPWE) Dato Sri Dr Benny Lee, Pegawai JKM Sibu Norhayati Abdul Rahman dan Pengerusi Pusat Perkhidmat­an Warga Emas PPWE, Wifred Kiroh.

Program ini merupakan anjuran bersama Pejabat Kebajikan Masyarakat Sibu (PKMBS), Unit Warga Emas PKMBS dan PPWE Sibu.

Katanya, masyarakat harus memainkan peranan memberi maklumat mengenai warga emas dan OKU ditinggalk­an serta diabaikan kepada JKM sekiranya mereka mengetahui terdapat warga emas dan OKU diabaikan di kawasan mereka.

Tambahnya, objektif penubuhan JKM ialah membantu memberi perkhidmat­an perlindung­an dengan cekap dan berkesan kepada warga emas dan OKU.

“Laporkan kepada JKM atau di pusat khidmat saya, sekiranya mempunyai maklumat mengenai warga emas dan OKU diabaikan,” katanya.

Antara aktiviti dijalankan sepanjang program itu ialah acara ‘Family Walkhaton’, pertanding­an nyanyian, cabutan tiket bertuah dan sebagainya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia