Utusan Borneo (Sarawak)

Kes jenayah darat bukan tanggungja­wab APMM

Masih ada aduan daripada nelayan minta APMM buat siasatan dan tangkapan kes kesalahan di darat

- Oleh Steve Annuar

MIRI: Agensi Penguat Kuasa Maritim Malaysia ( APMM) tidak bertanggun­gjawab terhadap kes jenayah atau kesalahan berlaku di darat.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Che Hassan Jusoh berkata, pihaknya masih menerima aduan daripada nelayan meminta APMM membuat siasatan dan tangkapan kes kesalahan di darat.

“Maritim tidak bertanggun­gjawab terhadap sebarang kesalahan di darat kecuali berlaku di laut. Kita kejar dan sampai di darat baharulah kita ambil kes-kes tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Program Sahabat Maritim anjuran APMM Miri di Pusat Tahanan Vesel kampung Pulau Melayu semalam.

Mengulas lanjut mengenai

Maritim tidak bertanggun­gjawab terhadap sebarang kesalahan di darat kecuali berlaku di laut. Kita kejar dan sampai di darat baharulah kita ambil kes

” kes tersebut. Laksamana Madya Maritim Datuk Che Hassan Jusoh Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia

penubuhan APMM, ia dianggotai pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia, Polis Marin, Jabatan Laut, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Perikanan Malaysia.

Penubuhan APMM berjaya meningkatk­an keselamata­n perairan negara termasuk perairan di Miri dengan membantera­s kes-kes yang melanggar undang-undang maritim.

“Tapi masih juga terdapat beberapa aktiviti menyalahi undang-undang. Kita akan teruskan usaha untuk membentera­skan pesalah maritim,” katanya.

Mengulas tentang program semalam, Che Hassan berkata, program sebelum ini dikenali Program Jiwa nfokus aktiviti seperti gotong-royong bersama- sama penduduk setempat.

Nama program ditukar pada 2013 kepada Program Sahabat Maritim dimana program dikembangk­an lebih besar seperti forum yang melibatkan agensi dan syarikat swasta terutama syarikat terlibat dalam industri luar pesisir pantai.

Penganjura­n program juga diharap mengeratka­n persefaham­an dan hubungan si- laturahim antara penduduk dan Maritim Miri.

Program memberi peluang penduduk untuk beramah- mesra dan bersuka ria menerusi pelbagai aktiviti seperti sukan rakyat, pertanding­an memancing dan malam kebudayaan.

Sesi malam program dime- riah lagi dengan persembaha­n bergendang dan sesi karaoke.

“Kita berterima kasih kepada penduduk Kampung Pulau Melayu, kerana difahamkan sejak sebulan lalu, kerjasama dan persefaham­an diberi penduduk kampung sangat memberansa­ngkan,” jelas Che Hassan.

Beliau memberitah­u, kerjasama antara penduduk dan pihak penguatkua­sa penting demi memelihara kebajikan masyarakat dan demi mencapai hasrat kerajaan memastikan perairan negara selamat.

Dalam pada itu, seramai 27 nelayan dari kampung itu menerima jaket keselamata­n dari APMM.

Hadir sama ialah Ketua Penguat Kuasa Maritim Daerah Miri, Laksamana Pertama Maritim, Abim Sungom, Pengerusi SUPP Piasau, Datuk Sebastian Ting, Penghulu Samad Alip dan Ketua Kaum, Drahman Sahat.

 ??  ?? BANTU: Che Hassan (tiga kiri) dibantu oleh Abim mengenakan jaket keselamata­n kepada salah seorang penerima disaksikan oleh Drahman (kiri), Sebastian dan Samad (kanan) semasa program Sahabat Maritim di Kampung Pulau Melayu semalam.
BANTU: Che Hassan (tiga kiri) dibantu oleh Abim mengenakan jaket keselamata­n kepada salah seorang penerima disaksikan oleh Drahman (kiri), Sebastian dan Samad (kanan) semasa program Sahabat Maritim di Kampung Pulau Melayu semalam.
 ??  ?? TERIMALAH: Norhayati (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Dr Annuar selepas merasmikan Program ‘Family Walkhaton: No One Left Behind’ di Sibu semalam.
TERIMALAH: Norhayati (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Dr Annuar selepas merasmikan Program ‘Family Walkhaton: No One Left Behind’ di Sibu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia