Utusan Borneo (Sarawak)

Peralatan, fasiliti klinik kesihatan di luar bandar wajar dinaik taraf

-

SIMUNJAN: Peralatan dan fasiliti di klinik kesihatan di kawasan luar bandar seharusnya dinaik taraf sejajar inisiatif kerajaan membangun kawasan luar bandar.

Menteri Muda Pembanguna­n Luar Bandar, Datuk Julaihi Narawi berkata usaha menyedia peralatan dan fasiliti lebih baik di klinik kesihatan luar bandar akan memboleh penduduk menikmati perkhidmat­an penjagaan kesihatan termasuk rawatan setanding bandar.

Sebagai contoh katanya peralatan dan bangunan Klinik Kesihatan Sebangan dan Sebuyau perlu dinaik taraf.

“Sejajar dasar ‘Go Rural’ diperkenal kerajaan, adalah sangat perlu klinik kesihatan luar bandar dinaik taraf dan dilengkapi peralatan serta fasiliti supaya penduduk luar bandar menikmati perkhidmat­an setanding penduduk di bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa melancarak­an Kem ‘I Want Sihat’ dan COMBI (Communicat­ion For Behaviour Impact) di Kampung Sungai Ladong, di sini semalam.

Julaihi juga Menteri Muda Pembanguna­n Perindustr­ian ( Promosi dan Pelaburan) berharap kerajaan pusat memperuntu­k lebih banyak dana kepada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) untuk menaik taraf klinik kesihatan luar bandar.

Beliau berharap JKN akan membawa pegawai Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) melawat klinik berkenaan supaya dapat melihat situasi sebenar di situ.

Julaihi turut menggesa lepasan sekolah di kawasan luar bandar mengambil jurusan atau latihan perubatan dan pada masa sama mahu KKM meningkat jumlah pengambila­n mengikuti program berkenaan dalam kalangan penduduk luar bandar.

“Mereka sanggup berkhidmat di luar bandar dan atas alasan itu kementeria­n harus menambah jumlah pengambila­n calon dari luar bandar,” tegasnya.

Sementara itu, Julaihi menggesa pihak berkuasa tempatan di kawasan itu supaya segera meningkatk­an kesedaran mengenai pentingnya kebersihan serta penjagaan kesihatan dalam kalangan rakyat terutama mengenai denggi.

Beliau percaya program COMBI inisiatif positif menangani kes denggi dan menggesa penduduk kampung mengambil inisiatif membersih pekarangan rumah masing.

Pada majlis sama Julaihi melulus RM10,000 untuk kampung berkenaan menganjurk­an pelbagai aktiviti di bawah program COMBI merangkumi gotong-royong yang dijadikan aktiviti rutin untuk memusnahka­n tempat pembiakan nyamuk aedes.

Hadir sama Pegawai Kesihatan Samarahan Dr Nur Fatihah Oh Abdullah, Pegawai Kesihatan Simunjan Dr Prashanth Nambiar, Pegawai Tadbir Daerah Kecil Sebuyau Ajis Ahmad dan Ketua Kaum, Jarawi Yahya.

 ??  ?? RASMI: Julaihi (tiga kiri) memenang kain rentang sebagai merasmikan Kem ‘I Want Sihat’ dan COMBI.
RASMI: Julaihi (tiga kiri) memenang kain rentang sebagai merasmikan Kem ‘I Want Sihat’ dan COMBI.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia