Utusan Borneo (Sarawak)

Kenal pasti minat sebelum pilih kerjaya: Fadillah

Ceburi bidang kemahiran jika akademik kurang berjaya, dalami ilmu untuk bersaing pada masa depan

- Oleh Sandy Mark Luna

KUCHING: Pelajar harus mengenal pasti minat seterusnya menguasai bidang diminati kerana ia akan menjadi kelebihan khasnya selepas memasuki alam pekerjaan.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pelajar yang meminati bidang automobil, pembinaan atau fesyen digalak meneruskan pengajian dalam kemahiran tersebut.

“Kalau kurang berjaya daripada segi akademik, pastikan anda mempunyai kemahiran. Sebab itu, anda perlu kenal pasti minat sama ada automobil, pembinaan, elektrik, fesyen atau sebagainya dari awal.

“Dan, terus menimba ilmu secara bersungguh-sungguh dalam bidang tersebut. Jika anda tidak ada kemahiran tertentu, macam mana bersaing pada masa depan? Untuk berjaya seseorang mesti ada ilmu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Kembara Jejak Realiti 2015 ‘ KEJAR ‘ 15’ di Akademi Binaan Malaysia Wilayah Sarawak, di Jalan Sultan Tengah, di sini, semalam.

Dan, terus menimba ilmu secara bersungguh-sungguh dalam bidang tersebut. Jika anda tidak ada kemahiran tertentu, macam mana bersaing pada masa depan? Untuk berjaya seseorang

” mesti ada ilmu. Datuk Seri Fadillah Yusof Menteri Kerja Raya

Hadir sama, Setiausaha Politik Menteri Kerja Raya Fazruddin Abdul Rahman yang juga Pengerusi Biro Pendidikan Petra Jaya.

Fadillah juga Ahli Parlimen Petra Jaya berkata, pelajar agak lemah dalam bidang akademik perlu mempertimb­ang menceburi bidang kemahiran teknikal demi masa depan cerah.

Katanya, ia sememangny­a mempunyai peluang pekerjaan lebih tinggi khasnya dengan pelaksanaa­n Koridor Tenaga Diperbahar­ui Sarawak (SCORE) yang memerlukan tenaga kerja mahir dalam pelbagai bidang.

“Sebab itu golongan pela- jar sekolah perlu mengenal pasti minat lebih awal kerana dengan minat, pekerjaan itu kelak dapat dilaksana dengan bersemanga­t dan lebih baik.

“Anda perlu mengenal pasti bidang yang diminati dari awal kerana ia akan menjadi kelebihan kelak apabila melangkah masuk ke alam pekerjaan kelak,” katanya.

Program itu disertai 182 pelajar tingkatan empat yang mempunyai masalah disiplin dan akademik di tujuh bsekolah di kawasan Petra Jaya.

Sekolah itu adalah seperti Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matang Jaya, SMK Petra Jaya, SMK Matang Hilir, SMK Demak Baru, SMK Semerah Padi, SMK Sri Matang dan SMK Sg Maong.

Antara objektif program itu adalah memberi pendedahan kepada generasi muda agar siap sedia menghadapi cabaran zaman serta menggarisk­an hala tuju dan matlamat yang harus diperjuang­kan oleh generasi muda masa kini.

 ??  ?? KENANGAN: Fadillah (lima kanan) dan Fazruddin (empat kiri) merakam album secara berkumpula­n dengan tetamu kehormat serta para peserta JEJAK ‘15, semalam.
KENANGAN: Fadillah (lima kanan) dan Fazruddin (empat kiri) merakam album secara berkumpula­n dengan tetamu kehormat serta para peserta JEJAK ‘15, semalam.
 ??  ?? INTERAKSI: Fadillah (kiri) bertukar pendapat dengan para peserta JEJAK ‘15 di ABM Sarawak, semalam.
INTERAKSI: Fadillah (kiri) bertukar pendapat dengan para peserta JEJAK ‘15 di ABM Sarawak, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia