Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan sentiasa bantu, sokong usahawan perkembang francais

-

MIRI: Kerajaan sentiasa menyediaka­n bantuan dan sokongan penuh kepada usahawan tempatan mengembang­kan perniagaan mereka melalui francais.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Pembanguna­n Usahawan Bumiputera), Datuk Mohd Naroden Majais berkata Malaysia merupakan antara beberapa negara di dunia yang mempunyai infrastruk­tur pembanguna­n industri francais lengkap dan kukuh dari segi perundanga­n, pengawalse­liaan, pembanguna­n dan pembiayaan.

“Sehingga 30 September tahun ini, sejumlah 794 sistem francais terdiri pelbagai sektor didaftarka­n dengan Pejabat Pendaftar Francais KPDNKK. Daripada jumlah tersebut, sejumlah 7,515 perniagaan francaisi berjaya diwujudkan.

“DiMalaysia,industrifr­ancais memberi sumbangan RM25.4 billion atau 2.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2013,” katanya ketika merasmikan Program Francais Komuniti Sarawak di sini semalam.

Program itu dianjurkan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) selama dua hari bermula semalam.

Menteri Muda Perancanga­n Sumber itu menambah, sejumlah 60 jenama francais tempatan berkembang ke 55 buah negara asing dengan mewujudkan sejumlah 2,380 buah outlet.

“Perancanga­n rapi turut diadakan dengan menggubal Pelan Induk Pembanguna­n Francais Negara menggarisk­an inisiatif dan program pembanguna­n industri francais tempatan sehingga 2020,” jelasnya.

Bagi menentukan pilihan lebih banyak penduduk negeri ini memilih sendiri perniagaan francais diminati dan mengikut kemampuan mereka, kemente- rian membawa 18 jenama francais dari Semenanjun­g Malaysia dan Sarawak menawarkan sistem francais mikro bernilai di bawah RM50,000 dan sistem francais makro melebihi RM50,000.

Beliau menambah, namun bantuan kerajaan itu hanya membuahkan hasil sekiranya mendapat sokongan padu dan sambutan daripada semua pihak.

Sementara itu, sebanyak 18 syarikat francais tempatan terdiri enam agensi kementeria­n dan sebuah badan bukan kera- jaan iaitu persatuan Francais Malaysia (MFA) menyertai pameran itu.

Seramai250­pesertamen­daftar awal mengikuti Klinik Francais diadakan selama dua hari.

Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha Francais dan Kepengguna­an KPDNKK Datuk Basaruddin Sadeli, Pengarah KPDNKK Sarawak Datuk Stanley Tan, Setiauasah­a Agung Persatuan Francais Malaysia (MFA) Mohd Shukri Salleh dan Pengerusi Eksekutif Bintang MegaMall Miri, Datuk Dr Lau Siew Wai.

 ??  ?? CENDERAMAT­A: Lau menyampaik­an cenderamat­a kepada Mohd Naroden disaksikan Stanley (kiri), Basaruddin dan Mohd Shukri Salleh (kanan) di Miri semalam.
CENDERAMAT­A: Lau menyampaik­an cenderamat­a kepada Mohd Naroden disaksikan Stanley (kiri), Basaruddin dan Mohd Shukri Salleh (kanan) di Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia