Utusan Borneo (Sarawak)

Tenby Internatio­nal School Miri adakan Hari Terbuka

-

MIRI: Tenby Internatio­nal School Miri (TISM) mengadakan Hari Terbuka untuk memberi peluang kepada orang awam melihat kemudahan serta cara operasi sekolah tersebut di sini semalam.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM), Lawrence Lai turut hadir pada program itu kagum dengan kemudahan infrastruk­tur terdapat satu-satunya sekolah antarabang­sa itu di sini.

“Kita sangat gembira kerana sekolah bertaraf antarabang­sa di sini dan berharap orang awam memberi sokongan kepada TISM apa juga program atau aktiviti,” katanya di sini semalam.

Lawrence turut menerima taklimat daripada Pengetua TISM, Giles Montier mengenai kemudahan terdapat di situ, kegiatan korikulum dan operasi sekolah sebelum dibawa melawat ke kelas-kelas.

Sementara itu, Giles berkata TISM turut mengajar bahasa asing dan pelajar mempelajar­i bahasa berkenaan pada tahun pertama sementara tahun ketiga pelajar mempelajar­i dua subjek bahasa asing.

Antaranya ialah Bahasa Melayu, Cina, Belanda, Perancis dan beberapa lagi bahasa asing ditawarkan.

“Pelajar di sini datang dari 26 buah negara dan 45 peratus daripadany­a pelajar Malaysia sementara hanya beberapa orang sahaja kakitangan asing dan selebihnya rakyat tempatan,” katanya.

Giles berkata, fokus sekolah tersebut ialah pembelajar­an interaktif iaitu pelajar digalakkan aktif dalam sesi soal jawab.

“Jika seseorang guru bercakap lebih 10 minit ketika berkomunik­asi dengan pelajar maka bukanlah kelas yang bagus, sebaliknya jika lebih ramai pelajar aktif dalam sesi komunikasi adalah lebih baik,” jelasnya.

TISM dibuka sejak 2011 dan kelas meliputi pelajar berusia dari 3 hingga 16 tahun dan berpindah ke bangunan baharu di Senadin pada 2013.

Kebanyakan guru-guru terlatih berasal dari United Kingdom dan Amerika Syarikat dan mengajar dalam kuantiti pelajar kecil tetapi mengeluark­an pelajar berkualiti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia