Utusan Borneo (Sarawak)

SMK Lundu banyak berjasa kepada penduduk tempatan

-

LUNDU: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lundu telah memberi khidmat cemerlang kepada penduduk di daerah ini sepanjang tempoh 50 tahun sekolah ini ditubuh.

Justeru, sempena sambutan Jubli Emas 50 Tahun sekolah itu semalam, Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem menyampaik­an sumbangan sebanyak RM500,000 kepada sekolah itu.

Berucap pada Majlis Kenduri Rakyat sempena sambutan itu di Dewan Sri Gading SMK Lundu semalam, Adenan percaya di sekolah inilah penduduk Lundu mula mengenali dunia dan orang lain.

“Bermula pelajar hanya seramai 70 pelajar SMK Lundu dan kini mempunyai hampir 2,000 pelajar dan saya percaya ia memerlukan lebih banyak kemudahan.

“Jadi, sempena sambutan Jubli Emas 50 Tahun ini saya menyumbang RM500,000 kepada SMK Lundu,” katanya menambah tidak akan melupakan SMK Lundu selagi beliau menjadi Ketua Menteri.

Pada majlis itu, Adenan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu turut menggesa bekas penuntut SMK Lundu yang berjaya supaya menyumbang semula kepada sekolah.

Sumbangan ini katanya demi kepentinga­n sekolah selain menghargai jasa dan pengorbana­n bekas guru yang mendidik mereka ketika di bangku sekolah.

Mengimbas sejarah SMK Lundu, ia telah dibina pada 1965 dan dirasmi oleh Yang di-Pertua Negeri Allahyarha­m Tun Abang Openg pada tahun 1966.

Tujuan utama penubuhann­ya adalah mengatasi masalah melanjutka­n pelajaran ke peringkat menengah bagi pelajar lulus Comman Entrance tahun enam.

Bermula dengan nama Lundu Secondary School, nama sekolah ini ditukar kepada Sekolah Menengah Kerajaan Lundu dan kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Lundu.

Selama lima dekad ini seramai 21 guru besar dan pengetua menerajui kepimpinan SMK Lundu dan kini genap 50 tahun usia SMK Lundu dengan kirakira 1,723 pelajar, 134 guru dan 25 kakitangan sokongan.

Pada majlis yang turut dihadiri oleh Opar Ranum Mina, Pengetua Ismail Jaya serta mantan Guru Besar dan Pengetua, Guru dan pelajar itu, Adenan turut merasmikan lencana baharu SMK Lundu.

 ??  ?? LANCAR: Adenan (dua kanan) melakukan gimik pelancaran lencana baharu SMK Lundu. Turut kelihatan Ismail (kanan) dan Ranum (tiga kiri).
LANCAR: Adenan (dua kanan) melakukan gimik pelancaran lencana baharu SMK Lundu. Turut kelihatan Ismail (kanan) dan Ranum (tiga kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia