Utusan Borneo (Sarawak)

Permohonan kes SSKM didengar di Mahkamah Tinggi pada 11 Nov

-

KOTA KINABALU: Permohonan agar kes empat sukarelawa­n Sabah Sarawak Keluar Malaysia ( SSKM) untuk didengar di Mahkamah Tinggi, akan diketahui pada 11 November depan.

Hakim Datuk Nurchaya Arshad menetapkan tarikh itu terhadap Azrie Situ, 24, Jimmy Liku Markus Situ, 32, Joseph Kolis, 29, dan Erick Jack William, 29, yang didakwa memiliki bahan penerbitan yang dikatakan mengandung­i unsur hasutan membawa Sabah keluar dari Malaysia.

Mahkamah juga mengarahka­n pihak pendakwaan untuk menyerahka­n senarai perkataan yang dikatakan sebagai hasutan pada 7 Oktober tahun ini.

Selain itu, pihak pembelaan dan pendakwaan juga diperintah­kan oleh mahkamah untuk memfailkan hujahan masingmasi­ng secara serentak pada 21 Oktober depan.

Terdahulu, peguam Tengku Ahmad Fuad yang mewakili semua tertuduh memohon agar kes berkenaan didengar di Mahkamah Tinggi, kerana ianya melibatkan hak- hak Sabah di dalam Malaysia.

Menurutnya, pihaknya mencabar apa yang dikatakan sebagai kecenderun­gan menghasut, kerana apa yang dikatakan adalah hanya mengenai hak-hak penduduk Sabah secara terbuka.

“Bercakap tentang hak-hak penduduk Sabah di dalam Malaysia bukanlah satu hasutan. Kami mencabarny­a,” katanya.

Azrie didakwa memiliki lima helai risalah, Jimmy memiliki sehelai bahan penerbitan itu, manakala Erick dan Joseph masing-masing 91dan 13 risalah, pada 1 Februari tahun ini jam 9.50 pagi, di kawasan tamu mingguan pekan Tuaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia