Utusan Borneo (Sarawak)

Minaj Kisah keluarga Nicki Minaj dijadikan siri komedi TV

-

PENYANYI rap Nicki Minaj akan membawakan

kisah mengenai cara beliau dibesarkan di New York ke dalam rancangan televisyen dengan satu siri komedi untuk ABC Family.

“Ini adalah salah satu daripada adventur yang lebih unik yang pernah saya alami,” kata Minaj, 32, dalam satu kenyataan.

Siri berkenaan akan memberi tumpuan kepada keluarga Minaj yang berpindah ke Amerika Syarikat dari Trinidad dan Tobago pada awal tahun 1990-an.

Pemuzik itu akan bertindak sebagai pengeluar untuk pertunjuka­n yang masih belum mempunyai tajuk itu selain turut berlakon di dalamnya, walaupun wataknya masih belum diumumkan.

Ketika mendedahka­n berita tersebut di Twitter pada Selasa lepas, Minaj menyatakan beliau sedang mencari bagi sekurang-kurangnya satu watak penting: “Saya sekarang sedang melancarka­n satu pencarian di seluruh dunia bagi mencari #YoungNicki.”

Penggambar­an akan dimulakan pada musim sejuk ini di Queens borough di New York namun tiada sebarang tarikh telah ditetapkan setakat ini bagi penyiaran.

“Nicki adalah seorang bintang antarabang­sa, namun tidak semua tahu bagaimana menarik dan menghiburk­an kisah beliau yang sebenarnya,” kata Karey Burke, timbalan presiden eksekutif bahagian pemprogram­an dan pembanguna­n di ABC Family, dalam satu kenyataan.

Selebriti hip hop tersebut akan muncul pada tahun depan dalam paparan skrin besar bagi ‘Barbershop 3’, di mana beliau berlakon sebagai seorang pendandan rambut di samping penyanyi rap Ice Cube. — Reuters

 ?? — Gambar AFP ?? DISIRIKAN: Nicki Minaj akan membawakan kisah mengenai cara beliau dibesarkan di New York ke dalam rancangan televisyen dengan satu siri komedi untuk ABC Family.
— Gambar AFP DISIRIKAN: Nicki Minaj akan membawakan kisah mengenai cara beliau dibesarkan di New York ke dalam rancangan televisyen dengan satu siri komedi untuk ABC Family.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia