Utusan Borneo (Sarawak)

Kira-kira 10,000 pengunjung kunjungi pameran hartanah SHEDA

-

KUCHING: Ekspo Hartanah Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Sarawak (SHEDA) selama tiga hari di Pusat Konvensyen Borneo Kuching ( BCCK) hujung minggu lalu berjaya menarik kira- kira 10,000 pengunjung.

SHEDA menerusi kenyataan akhbarnya semalam memberitah­u, pihaknya sangat teruja dengan sambutan amat menggalakk­an meskipun ketika ini negeri sedang dilanda jerebu namun masih melihat ke arah masa depan yang optimis dalam industri hartanah di Sarawak.

Selain itu, SHEDA juga melahirkan ucapan terima kasih kepada Menteri Perumahan Datuk Amar Abang Johari Tun Openg atas kesudian merasmikan ekspo itu pada 25 September lalu bagi mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

“Pada masa sama, SHEDA juga mahu berterima kasih dengan barisan pemegang saham termasuk Ibraco Berhad, Naim Land Sdn Bhd, Lee Onn Constructi­on Sdn Bhd, MJC City Developmen­t Sdn Bhd, CMS Property Developmen­t Sdn Bhd, Federal Paint (M) Sdn Bhd, Bluescope Malaysia Sdn Bhd, M Hotels, See Hua Marketing Sdn Bhd, iProperty. com, ME Info Media Sdn Bhd, Absolute Cool Events (ACE) dan BCCK di atas sokongan bagi menjayakan ekspo itu,” jelas kenyataan akhbar itu.

SHEDA juga mendedahka­n bahawa pempamer terlibat juga mengambil peluang membuat tempahan gerai pameran bagi penganjura­n ekspo pada tahun hadapan.

Untuk maklumat lanjut mengenai SHEDA dan aktiviti diadakan boleh hubungi Sekretaria­t SHEDA Negeri di talian 082-366334 atau layari www.sheda.org.my.

 ??  ?? MEMUASKAN: orang ramai.
Sambutan yang amat menggalakk­an daripada
MEMUASKAN: orang ramai. Sambutan yang amat menggalakk­an daripada

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia