Utusan Borneo (Sarawak)

Dedah generasi tua perolehi maklumat melalui ICT: Dennis

-

MARUDI: Generasi tua perlu diberi taklimat mengenai maklumat mampu diperolehi dengan pantas melalui teknologi komunikasi maklumat (ICT) supaya tidak ketinggala­n.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Telang Usan, Dennis Ngau berkata, ini perlu kerana zaman ini memerlukan penggunaan kepada ICT.

Jelasnya, ramai generasi muda hari ini mengguna telefon pintar memudahkan mendapat maklumat cepat, namun pada masa sama, ramai menyalahgu­nakan kemudahan ini.

“Ada mengguna kemudahan ini mengutuk kerajaan, menimbul kekeliruan rakyat termasuk mencetus kebencian kepada sesuatu kaum dan sebagainya,” katanya.

Dennis memberitah­u demikian ketika berucap pada majlis perasmian Program ‘Santai Minda’ anjuran Jabatan Penerangan Marudi yang diadakan di Rumah Mullin Ijah di Padang Kerbau B, kira-kira 30 kilometer dari sini, Isnin lalu.

Justeru kata Dennis, Jabatan Penerangan Marudi mengadakan program supaya dapat berkongsi maklumat dengan orang tua dan saudaramar­a di rumah panjang.

“Kita harus terima kasih kepada Jabatan Penerangan diterajui Joseph James yang mampu menjaya program ini dengan betul termasuk memberitah­u polisi dan dasar kerajaan yang perlu diketahui,” jelasnya.

Dennis menggesa dan mengingat penduduk rumah panjang supaya jangan terpengaru­h pihak pembangkan­g yang ketika ini sedang berjinak-jinak dengan rakyat untuk mengambil hati.

Sebaliknya beliau mahu mereka menolak kumpulan tersebut daripada membawa isu bohong dan tidak sepat- utnya ke kampung.

“Pembangkan­g hanya pandai mengutuk dengan mendakwa kerajaan gagal membawa pembanguna­n ke kawasan Poyut/Lubok Nibong, sedangkan kita semua mengetahui mereka ini hanya pandai cakap.

“Sebaliknya kita sebagai kerajaan, bukannya politik cakap- cakap sahaja seperti pembangkan­g sebaliknya politik BN adalah bekerja untuk rakyat,” tambahnya.

“Pembangkan­g bukan Tuhan tetapi hanya mengacau, kita yakin dapat membawa pembanguna­n ke kawasan kita di Poyut/Lubok Nibong.

“Kita percaya apa yang dipinta kita tunai, semua janji kepada rakyat akan kita tunai selagi saya sebagai wakil rakyat di Telang Usan,” katanya.

Sementara itu, pada majlis tersebut, Dennis meluluskan geran MRP berjumlah RM8,000 untuk JKKK Rumah Mullin bagi membolehka­n mereka memasang jubin lantai rumah panjang mereka.

 ??  ?? TRADISI: Dennis (duduk tengah) menyaksika­n acara ‘miring’ setibanya di ruai Rumah Mullin sambil disaksikan oleh Joseph (dua kanan).
TRADISI: Dennis (duduk tengah) menyaksika­n acara ‘miring’ setibanya di ruai Rumah Mullin sambil disaksikan oleh Joseph (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia