Utusan Borneo (Sarawak)

Masyarakat perlu sokong penuh peranan sekolah

Penglibata­n menyeluruh dalam pelbagai aktiviti akan perkasa bidang pendidikan: Dr Abdul Rahman

-

Secara fizikalnya, kita telah banyak meningkatk­an infrastruk­tur sekolah di dalam kawasan kita. Jadi kita mahu mencuba dan mencari jalan baharu bagaimana boleh meningkatk­an pendidikan di sekolah khususnya dalam

” pencapaian akademik pelajar.

KUCHING: Masyarakat tempatan disaran menunjuk sokongan penuh terhadap peranan sekolah, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi.

Katanya, misalnya Biro Pendidikan Pantai Damai yang sentiasa berusaha melakukan pelbagai cara bagi meningkat serta memperkasa bidang pendidikan, khususnya dalam kawasan Pantai Damai.

“Malah kami juga merasakan betapa pentingnya sokongan serta dorongan daripada masyarakat sekitar yang boleh diperolehi melalui penglibata­n bagi menjayakan aktiviti dianjurkan pihak sekolah.

“Pada masa sama, kami juga mahu masyarakat melihat apa perlu bagi membantu sekolah dalam penganjura­n program secara individu atau sebaliknya.

“Sebab itu, kami mempelawa ketua masyarakat tem- patan untuk menyertai kami dalam kunjungan hormat hari ini (semalam),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas kunjungan hormat kepada Pengarah Pendidikan Negeri Rakayah Madon, di Jabatan Pendidikan Negeri, di sini semalam.

Tambahnya, kunjungan hormat itu bertujuan mem- bincangkan pendekatan lebih berkesan, langkah proaktif dan formula terbaik bagi meningkatk­an taraf pendidikan di kawasan Pantai Damai.

“Secara fizikalnya, kita telah banyak meningkatk­an infrastruk­tur sekolah di dalam kawasan kita. Jadi kita mahu mencuba dan mencari jalan baharu bagaimana boleh meningkatk­an pendidikan di sekolah khususnya dalam pencapaian akademik pelajar.

“Pada masa sama, kita juga mahu mencari jalan penyelesai­an bagi isu kehdairan pelajar di sekolah. Meskipun ia bukanlah satu isu besar, tetapi kehadiran amat penting kerana ia menjurus ke arah kecemerlan­gan pelajar di sekolah.

“Kehadiran pelajar haruslah mencapai 95 peratus dan peratusan kehadiran pelajar di Pantai Damai dalam lingkungan 80 hingga 92 peratus sahaja,” katanya.

Hadir sama ialah pengetua, guru besar serta wakil Persatuan Ibu Bapa dan guru (PIBG) di kawasan Pantai Damai.

Dr Abdul Rahman Junaidi ADUN Pantai Damai

 ??  ?? TAMBAH ILMU: Peserta bengkel Program Sawit Mampan, WWF-Malaysia yang diadakan di Taman Negara Loagan Bunut baru-baru ini.
TAMBAH ILMU: Peserta bengkel Program Sawit Mampan, WWF-Malaysia yang diadakan di Taman Negara Loagan Bunut baru-baru ini.
 ??  ?? KUNJUNGAN HORMAT: Dr Abdul Rahman (barisan depan, empat kiri) dan Rakayah (barisan depan, tiga kanan) ketika sidang media selepas kunjungan hormat kepada Pengarah Pendidikan Negeri Rakayah Madon, di Jabatan Pendidikan Negeri, di Kuching semalam.
KUNJUNGAN HORMAT: Dr Abdul Rahman (barisan depan, empat kiri) dan Rakayah (barisan depan, tiga kanan) ketika sidang media selepas kunjungan hormat kepada Pengarah Pendidikan Negeri Rakayah Madon, di Jabatan Pendidikan Negeri, di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia