Utusan Borneo (Sarawak)

Gara-gara gagal bayar sewa, lelaki disyaki bakar rumah disewanya di Jalan Isau, Kampung Baru, Sibu.

- Oleh Watt Zacchaeus

SIBU: Gara-gara gagal membayar sewa rumah, seorang penyewa disyaki membakar rumah yang disewanya di Jalan Isau, Kampung Baru di sini, malam kelmarin.

Pemilik rumah terbabit berkata dia berasa curiga setelah rumah sewanya terbakar dengan bekalan air dan elektrik dipotong dan berlaku sejurus penyewanya dinasihati keluar dari rumah setelah gagal membayar sewa selama dua bulan.

Pemilik rumah terbabit yang merupakan kontraktor berusia 47 tahun mendakwa, dia menyewakan rumah setingkat itu kepada seorang penyewa lelaki yang berasal dari Semenanjun­g Malaysia, enam bulan lalu.

Dia berkata penyewa terbabit hanya membayar sewa bagi tempoh empat bulan pertama namun bayaran dua bulan lagi masih belum dijelaskan.

Pada pagi Ahad lalu, pemilik rumah menasihati lelaki itu supaya keluar dari rumahnya jika masih gagal menjelaska­n bayaran sewa untuk dua bulan itu.

Dia mendakwa rumahnya terbakar tidak lama selepas lelaki itu dikatakan keluar dari rumahnya pada jam 10 malam kelmarin.

Pemilik rumah terbabit dimaklumka­n oleh jirannya yang memberitah­u rumahnya terbakar.

Dia percaya lelaki (penyewa) berusia 46 tahun itu adalah dalang kejadian kebakaran selain turut menyebabka­n bekalan elektrik dan air dipotong disebabkan kegagalan lelaki itu membayar bil tunggakann­ya.

Pemilik rumah terbabit kemudian membuat laporan polis berhubung insiden khianat itu.

Bagaimanap­un, dia teringat bahawa penyewa terbabit sebelum ini memberitah­u bahawa dia adalah seorang anggota polis.

Selepas melakukan pemeriksaa­n dengan polis, dia diberitahu bahawa lelaki itu pernah menjadi seorang anggota polis.

Pemilik rumah terbabit juga memberitah­u bahawa penyewa itu kerap membawa perempuan pulang ke rumahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia