Utusan Borneo (Sarawak)

Beri keutamaan anak tempatan

Kontraktor tempatan merungut sering terlepas projek minyak dan gas

-

LABUAN: Parti Bersatu Sabah ( PBS) Bahagian Labuan mahu kerajaan mengadakan garis panduan yang memberi keutamaan kepada kontraktor tempatan khususnya dari segi pengagihan projek baharu merangkumi penyediaan kontrak bekalan dan perkhidmat­an industri minyak dan gas di pulau itu.

Ketua Bahagianny­a Peter Mak berkata, langkah itu perlu berikutan banyak rungu- tan daripada anak-anak tempatan yang sering kali terlepas peluang bagi memiliki kontrak projek akibat keutamaan yang diberikan kepada orang luar.

“Sememangny­a orang luar yang hadir dengan pakej lengkap, menjadi penghalang kepada anak- anak tempatan untuk mendapatka­n projekproj­ek besar namun perkara sedemikian tidak seharusnya dijadikan alasan, sebaliknya menjadi tanggungja­wab kerajaan untuk memastikan penglibata­n orang tempatan diutamakan dalam sebarang perkhidmat­an di sini,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan PBS Bahagian Labuan kali ke29, di sini semalam.

Pada majlis itu, PBS turut menerima 88 anggota baharu. Peter turut menyuaraka­n kebimbanga­n parti terhadap rakyat tempatan yang masih tidak mampu memiliki rumah sendiri disebabkan kriteria kelayakan permohonan yang dihadkan hanya kepada golongan pendapatan isi rumah RM3,000 dan ke bawah.

“Terdapat pelbagai projek rumah mampu milik yang dilaksanak­an oleh kerajaan dalam membantu rakyat namun golongan yang berpendapa­tan isi rumah lebih RM3,000 tidak dapat memohon rumah di bawah skim mampu milik tersebut menyebabka­n mereka terpaksa menyewa,” katanya.

Justeru, Peter memohon supaya kerajaan mengkaji semula serta menambah baik kriteria kelayakan permohonan agar pendapatan isi rumah dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM5,000 sebulan bagi membolehka­n lebih ramai rakyat tempatan di sini mampu memiliki kediaman pertama mereka. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MESRA: Musa bersalaman dengan Ketua-Ketua Adat negeri Sabah ketika menghadiri simposium tersebut.
— Gambar Bernama MESRA: Musa bersalaman dengan Ketua-Ketua Adat negeri Sabah ketika menghadiri simposium tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia