Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih peserta meriahkan Karnival Sukan Rakyat

-

KUCHING: Pusat Khidmat Masyarakat Kuching menganjurk­an Karnival Sukan Rakyat @ Happy Village di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Setia, di sini semalam.

Karnival sehari itu disertai lebih 500 peserta terdiri warga Kampung Tabuan Melayu termasuk penduduk yang tinggal berhampira­n.

Program dimulakan dengan perlawanan bola sepak antara pasukan All Star FC dan Khatulisti­wa FC yang berkesudah­an All Star menang dengan 1-0.

Ia disusuli dengan beberapa sukan rakyat bagi memeriahka­n karnival petang semalam.

Pegawai Khidmat Masyar- akat Kuching, Azizah Ayoob yang juga penganjur utama program berkata aktiviti tersebut merupakan sebahagian daripada program dirangka oleh Pusat Khidmat Masyarakat Kuching.

“Pusat Khidmat Masyarakat Kuching baharu sahaja ditubuhkan dan merupakan salah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang bertujuan membantu masyarakat tanpa mengira kaum.

“Ia menyediaka­n perkhidmat­an nasihat guaman, kesihatan, pendidikan dan hari keluarga secara percuma kepada penduduk tempatan,” kata Azizah ditemui pada karnival itu di sini semalam.

Katanya, bagi menjadikan pusat itu istimewa pihaknya bercadang memperkena­lkan konsep kemampanan dalam nilai-nilai keluarga yang akan diketengah­kan dalam semua komuniti bagi menjaga kebajikan kaum keluarga.

Sebagai permulaan, pusat itu mensasarka­n bantuan kepada masyarakat di sekitar Demak Laut sebelum disalurkan secara berperingk­atperingka­t kepada seluruh penduduk di sekitar Bandar raya Kuching.

“Pusat ini akan dibuka secara rasmi pada bulan depan dan kita akan berpangkal­an di Muara Tebas,” katanya.

Hadir sama Naib Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Dr Paruwadi Musa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia