Utusan Borneo (Sarawak)

Perjanjian dasar induk penstruktu­ran semula air S’gor dimuktamad minggu ini

-

SEPANG: Perjanjian dasar induk berhubung penstruktu­ran semula industri bekalan air di Selangor bakal dimuktamad­kan minggu ini, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata ketika ini kerajaan persekutua­n dan negeri Selangor sedang dalam perbincang­an bagi menentukan perkataan di dalam perjanjian berkenaan.

“Ia bukan lagi bincang mengenai strategi, tetapi perkataan-perkataan di dalam perjanjian tersebut, dipersetuj­ui semua pihak,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Pada 1 Ogos, kerajaan persekutua­n dan kerajaan negeri Selangor menandatan­gani Perjanjian Dasar Induk berhubung penstruktu­ran semula industri bekalan air dan penyelesai­an jangka panjang isu air di Selangor.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mewakili kerajaan persekutua­n manakala kerajaan Selangor diwakili Abdul Khalid.

Perjanjian itu adalah lanju- tan kepada perjanjian persefaham­an yang ditandatan­gani kedua-dua pihak pada 26 Feb lepas berkaitan projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihan.

Terdahulu beliau merasmikan forum ‘Partnershi­p in Environmen­tal Management for the Seas of East Asia (Pemsea), Network of Local Government­s 2014’ (PNLG).

Abdul Khalid berkata forum yang diadakan semalam bertujuan untuk berkongsi maklumat bersama pihak berkepenti­ngan di negara Asia Timur untuk pembanguna­n dan pengurusan secara mapan pantai dan laut di rantau berkenaan.

Selangor secara rasminya menjadi anggota PNLG pada 2007 sewaktu forum yang diadakan di Danang, Vietnam.

Penyertaan itu selari dengan pelaksanaa­n Pelan Projek Pengurusan Pantai Bersepadu bagi daerah Klang dan Kuala Langat atau lebih dikenali sebagai ICM Pelabuhan Klang, dan diikuti Kuala Selangor dan Sabak Bernam tahun lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia