Utusan Borneo (Sarawak)

Kelab Chin Woo berkongsi tempat pertama dalam Pertanding­an Tarian Singa

-

BINTULU: Pasukan A dan B Kelab Sukan Kebudayaan dan Rekreasi Chin Woo Bintulu berkongsi tempat pertama Pertanding­an Tarian Singa Peringkat Negeri Sarawak sempena Karnival Tanglung Bintulu di Dataran Esplaned di sini malam Sabtu lalu.

Manakala tempat ketiga disandang oleh Persatuan Seni Mempertaha­nkan Diri Cina Sarawak.

Begitupun tiada pasukan meraih kedudukan naib juara dalam pertanding­an tersebut.

Majlis perasmian disem- purnakan Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing dengan upacara memukul gendang di pentas khas Dataran Esplaned.

Turut hadir Penasihat FORCA Bintulu Datuk Pau Chiong Ung, Presiden FORCA Bintulu Dr Wong Aik Loung, Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Cina Bintulu Dr Francis Toh dan ahli-ahli jawatankua­sa FORCA Bintulu.

Selain itu, turut diadakan lewat petang Sabtu lalu ialah perarakan kereta berhias dan tanglung di jalan-jalan utama pusat bandar Bintulu.

Karnival Tanglung turut diisikan acara larian malam sejauh lima kilometer pada malam Sabtu lalu yang merupakan anjuran FORCA dengan kerjasama Pejabat Residen Bahagian Bintulu dan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) berlangsun­g selama empat malam berturut-turut bermula 4 September dan berakhir 8 September.

Turut diadakan Pesta Jualan Makanan Halal dan Tidak Halal serta Pertanding­an Membuat Kuih Bulan Halal.

 ??  ?? JOHAN: Pasukan A dan B Kelab Sukan Kebudayaan dan Rekreasi Chin Woo Bintulu daripada Dr Wong (enam kanan) di Bintulu.
JOHAN: Pasukan A dan B Kelab Sukan Kebudayaan dan Rekreasi Chin Woo Bintulu daripada Dr Wong (enam kanan) di Bintulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia