Limkokwing Borneo tawar Diploma Profesional Dalam Bunyi dan Muzik
KUCHING: Pelajar berpotensi yang berminat dalam bidang bunyi dan muzik tetapi tidak mempunyai asas, tidak perlu bimbang kerana Limkokwing Borneo kini menawarkan Diploma Profesional Dalam Bunyi dan Muzik.
Pengurus Pembangunan Operasi (Perniagaan) Industri Mohammed Salleh Mohidin berkata, Diploma Profesional Dalam Bunyi dan Muzik adalah program pilihan bagi pelajar yang berminat mencipta muzik dalam pelbagai bentuk yang banyak.
“Dengan pengetahuan yang diperolehi daripada program ini, mereka berpeluang menerbitkan gubahan muzik baharu bagi iklan, animasi, dokumentari, acara promosi, pelancaran, malah filem.
“Di Limkokwing Borneo, walaupun anda belum dilatih secara formal dalam bidang muzik, anda masih dapat membina kerjaya dalam bidang tersebut selagi anda memiliki minat yang amat mendalam kepada muzik,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada pelancaran Studio Bunyi dan Muzik yang disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif Limkokwing Borneo Datuk Hanifah Taib-Alsree dan dihadiri Naib Presiden Bersekutu Komunikasi Korporat Limkokwing Datin Nikki Lugun di Kampus Limkokwing Borneo di Jalan Nanas di sini, malam kelmarin.
Tambah Salleh, setakat ini dianggarkan enam pelajar telah mendaftar untuk kursus berkenaan dan pihak universiti kini dalam usaha memperkembangkan lagi program berkenaan.
Beliau memberitahu, semua pelajar baharu yang mendaftar diri pada tahun ini akan menerima 50 peratus biasiswa.
“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada presiden kami kerana memberi peluang kepada kami melanjutkan budaya muzik Sarawak dengan menyediakan biasiswa menarik bagi program ini.
“Semua pelajar baharu yang mendaftar pada tahun ini akan menerima 50 peratus biasiswa,” katanya.
Limkokwing Borneo ujar Salleh, dijangka akan menjadi institusi perintis di Sarawak yang menyediakan latihan khusus bagi kejuruteraan terutama kepada penggemar muzik yang begitu ramai di negeri ini.
Diploma Profesional Dalam Bunyi dan Muzik direka untuk membimbing pelajar dalam aplikasi audio digital, teknik- teknik penyusunan muzik, akustik studio, reka bentuk album, manipulasi dan ciptaan bunyi, merancang dan menyampaikan produk muzik serta kemahiran mendengar untuk membezakan pelbagai bunyi yang berbeza daripada alatalat muzik yang berbeza.
Limkokwing Borneo, Kelab Muzik Limkokwing Borneo selain beberapa kumpulan muzik tempatan seperti B For Tesla, Akoustik Connexion, Syafiq & The Gang, AZAM Young Souls dan banyak lagi akan membuat persembahan.
Selain itu, satu pertunjukan fesyen akan diadakan yang memaparkan pakaian yang direka bentuk oleh pelajar Diploma Fesyen dan Reka Bentuk Pakaian di Limkokwing Borneo dan pameran ‘lightbox’ daripada pelajar Diploma Reka Bentuk Dalaman.
Maklumat lanjut boleh menghubungi talian 082248266 atau e-mel ke enquiry. borneo@ limkokwing. edu. my.