Utusan Borneo (Sarawak)

Peras ugut: Polis siasat pekerja akhbar perniagaan

-

BEIJING: Polis di Shanghai sedang menyiasat lapan pekerja di akhbar 21st Century Business Herald kerana disyaki memeras ugut tatkala China memperting­katkan kempen antirasuah dalam media.

Pakar sudah lama menyebut tentang rasuah dalam media di China dan mendakwa peras ugut berlaku dengan berleluasa dan wartawan mudah dipengaruh­i rasuah.

China telah bertindak ke atas gejala rasuah dan pembaziran dalam kerajaan sejak pelantikan Presiden Xi Jinping pada tahun lepas.

Menunjukka­n kekayaan peribadi, yang selalunya haram, secara terbuka telah menjadi lumrah sekali gus mencetuska­n kritikan meluas mengenai Parti Komunis yang memerintah negara.

Polis telah mengambil “langkah jenayah bersifat paksaan terhadap lapan suspek” sejajar dengan undangunda­ng, laman sesawang Xinhua, Xinhuanet, memetik Biro Keselamata­n Awam Shanghai sebagai berkata, tetapi tidak memberikan nama lengkap mereka.

Xinhua berkata ketua pengarang laman sesawang akhbar tersebut bernama Liu; timbalan pengarangn­ya bernama Zhou, serta kakitangan operasi dan pengarang lain telah bersubahat dengan dua syarikat perhubunga­n awam kewangan di Shanghai dan kota selatan Shenzhen untuk menyasari syarikat yang akan disenaraik­an atau distruktur semula bagi “menjalanka­n aktiviti haram”.

Sambil memetik siasatan polis yang bermula pada tahun lepas, Xinhua menambah, “Selepas menerima bayaran yang lumayan daripada perniagaan yang bersedia untuk melibatkan diri dalam ‘propaganda positif’, suspek akan menggembar-gemburkan fakta-fakta positif atau menyembuny­ikan isu- isu negatif”.

Jika syarikat enggan bekerjasam­a, akhbar itu akan “mengeluark­an laporan negatif yang menyerang mereka dengan niat jahat” dan “memeras ugut” mereka untuk menandatan­gani perjanjian kerjasama atau pengiklana­n, kata Xinhua. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia