Utusan Borneo (Sarawak)

Keluarga Sotloff peringati insan lemah lembut, penuh belas kasihan

-

MIAMI, Florida: Keluarga wartawan Amerika Syarikat ( AS) yang dibunuh oleh puak pelampau agama Steven Sotloff memberi penghormat­an kepada wartawan tersebut kelmarin untuk memperinga­ti seorang insan yang lemah lembut dan amat meminati makanan ringan dan golf selain begitu komited kepada usaha memberi “suara kepada mereka yang tidak ada suara”.

Wartawan berusia 31 tahun itu tertarik untuk membuat liputan dari zon-zon konflik di dunia kerana beliau tidak dapat “membelakan­gi penderitaa­n yang meresapi dunia”, kata seorang jurucakap keluarga selepas bapa Sotloff muncul seketika dengan gambar anaknya tetapi enggan bercakap kepada media.

Pembunuhan kejam Sotloff oleh IS ditunjukka­n dalam rakaman video yang muncul Selasa lepas, hanya beberapa minggu sahaja selepas seorang lagi wartawan James Foley dibunuh oleh kumpulan terbabit dalam keadaan yang hampir sama.

Jurucakap keluarga Sotloff, Barak Barfi menyebut dalam satu kenyataan, wartawan itu tertarik dengan Syria kerana begitu terpesona dengan dunia Arab.

“Beliau bukan kaki perang, beliau tidak mahu menjadi ‘Lawrence of Arabia’ bagi zaman moden: beliau hanya mahu memberi suara kepada mereka yang tidak ada suara,” kata Barfi.

“Dari doktor di Libya yang bergelut dengan perkhidmat­an psikologi hingga kepada kanak-kanak yang dimusnah- kan oleh perang dan tukang paip di Syria yang menggadai nyawa dengan merentasi garisan rejim untuk membeli ubat-ubatan, kisah mereka adalah kisah Steve.

“Beliau akhirnya mengorbank­an nyawanya untuk membawa cerita mereka kepada dunia,” tambah Barfi yang menegaskan Sotloff “bukan wira”.

“Seperti semua kita, beliau sekadar manusia biasa yang cuba mencari kebaikan yang tersembuny­i dalam dunia kegelapan dan jika ia tidak wujud, beliau cuba mewujudkan­nya.”

Sotloff, yang memiliki pengetahua­n yang mendalam mengenai sejarah dan kebudayaan Timur Tengah, diculik di Syria pada tahun lepas.

Wartawan yang memanggil diri “ahli falsafah spontan dari Miami” dan pernah menulis untuk Time, Christian Science Monitor, Foreign Policy dan World Affairs Journal, sentiasa meluangkan masa untuk keluarga walaupun dibebani kerja.

“Beliau amat meminati makanan ringan yang beliau tidak dapat tinggalkan dan walaupun sibuk, beliau sentiasa meluangkan masa untuk bercakap dengan bapanya menerusi Skype mengenai permainan golf terbaharu beliau,” kata Barfi.

“Beliau dihargai semua yang melihat kebaikan hati dan keikhlasan­nya. Steve memiliki jiwa lemah lembut yang tidak akan wujud di dunia ini tetapi semangat beliau akan kekal di dalam hati kita.

“Pada minggu ini, kita berkabung, tetapi kita akan muncul lagi dari pengalaman ini. Kampung kita kuat. Kita tidak akan membiarkan musuh kita untuk mengekang kita dengan satu- satunya senjata yang mereka miliki: ketakutan.” — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? PENGHORMAT­AN: Sekumpulan penuntut universiti terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama menyalakan lilin ketika upacara memberi penghormat­an kepada wartawan AS Steven Sotloff (gambar sisipan) di kampus University of Central Florida di Orlando, Florida...
— Gambar Reuters PENGHORMAT­AN: Sekumpulan penuntut universiti terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama menyalakan lilin ketika upacara memberi penghormat­an kepada wartawan AS Steven Sotloff (gambar sisipan) di kampus University of Central Florida di Orlando, Florida...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia