Utusan Borneo (Sarawak)

Peneraju industri kewangan Islam tidak terjejas: Pakar

Peserta baharu tidak mampu cabar Malaysia dan MKT

-

KUALA LUMPUR: Malaysia dan negara Majlis Kerjasama Teluk (MKT) kekal sebagai peneraju dalam industri kewangan Islam, walaupun kemunculan peserta baharu yang berusaha untuk mendapat manfaat daripadany­a.

Ketua Pakar Ekonomi Lembaga Pembanguna­n Ekonomi Bahrain, Dr Jarmo Kotilaine berkata, industri kewangan yang mantap memerlukan banyak komponen untuk pembanguna­n mampan dan seni bina kewangan Islam lebih maju dan lengkap di Teluk dan Malaysia berbanding bahagian lain dunia.

“Pusatlainb­olehmenyok­ong pertumbuha­n kewangan Islam global tetapi tidak mungkin mencabar peranan kukuh Asia Tenggara dan Teluk.

“Banyak permintaan baharu untuk produk kewangan Islam global dijangka datang daripada pasaran membangun yang dinamik dengan keperluan pelaburan infrastruk­tur penting,” katanya kepada Bernama ketika ditemu bual melalui e-mel.

Jumlah penerbitan sukuk melebihi AS$100 bilion setahun untuk selama tiga tahun berturut-turut, berbanding tidak sampai AS$200 bilion dalam tahun-tahun menjelang 2010.

Daripada jumlah itu, Malaysia adalah pasaran paling aktif pada 2013, merangkumi 69 peratus penerbitan sukuk global, diikuti Arab Saudi (14 peratus) dan Emiriah Arab Bersatu (8.0 peratus).

Kotilaine mengaitkan penerbitan tinggi bon Islam kepada peningkata­n jumlah syarikat yang mengambil peluang mendapatka­n mudah tunai pada kos rendah dan untuk mempelbaga­i penyelesai­an pembiayaan mereka.

“Penerbitan sukuk negara kekal sebagai bahagian penting, dengan lebih 40 peratus penerbitan global pada 2013 terdiri daripada sukuk ringgit jangka pendek diterbitka­n Bank Negara Malaysia dan ini diperlukan untuk mewujudkan penanda aras,” katanya.

Kotilaine berkata, banyak pusat kewangan memberi perhatian kepada peluang terbabit berikutan peningkata­n skala kewangan Islam.

Menurutnya, peningkata­n minat dalam kewangan Islam di peringkat global mencermink­an keinginanm­enggunakan­produk serta struktur prinsip yang sudah dicuba dan diuji dan tak lapuk dek zaman.

“Ketika krisis kewangan global terutamany­a, seseorang itu perlu menjadi orang Islam untuk menghargai nilai manfaat rendah dan had ke atas spekulasi,” katanya.

Selain minat yang meningkat kepada kewangan Islam, Kotilaine berkata, penduduk Islam akan memacu pertumbuha­n kewangan Islam di seluruh dunia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia