Utusan Borneo (Sarawak)

Tujuh menteri antara 129 penerima Pingat Kedaulatan Negara

-

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam mendahului senarai 129 penerima Pingat Kedaulatan Negara sebagai menghargai jasa dan peranan mereka dalam Operasi Daulat bagi membantera­s penceroboh bersenjata dari selatan Filipina yang menceroboh Sabah.

Pingat itu diwujudkan khas kepada anggota keselamata­n serta pegawai awam yang telah menyumbang khidmat sokongan dalam Operasi Daulat di Sabah.

Ahmad Zahid antara tujuh menteri kabinet menerima anugerah itu selain Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Liow Tiong Lai, yang disampaika­n oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Latihan Polis, Jalan Semarak, di sini semalam.

Empat lagi Menteri ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Antara pemimpin lain menerima pingat itu ialah Penasihat Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan kepada kerajaan Tan Sri Dr Rais Yatim, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Lebih 200 penceroboh bersenjata menceroboh kawasan Pantai Timur Sabah di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan Semporna pada 12 Feb 2013.

Pada 5 Mac 2013, pasukan keselamata­n terdiri daripada Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia melancarka­n Operasi Daulat membantera­s penceroboh itu melalui strategi Lautan Biru Kebangsaan setelah rundingan tiga minggu gagal.

Dalam insiden itu lapan anggota polis dan dua anggota tentera terkorban akibat serangan penceroboh.

Bagaimanap­un gerakan ofensif itu menyaksika­n 68 pengganas ditembak mati dan 173 orang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamata­n ( Langkah- Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan 443 lagi atas pelbagai kesalahan lain. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia