Utusan Borneo (Sarawak)

Tingkat guna BI bermula dari sekolah rendah: PGBS

-

KUCHING: Penekanan penggunaan bahasa Inggeris kepada pelajar bermula dari peringkat sekolah rendah adalah usaha yang harus dipertingk­atkan oleh kerajaan jika hendak melahirkan modal insan yang fasih berkomunik­asi dalam bahasa antarabang­sa tersebut.

Ini kerana, menurut Presiden Persatuan Graduan Bidayuh Sarawak (PGBS) Dr Ahi Sarok, kebolehan berbahasa Inggeris di kalangan pelajar tempatan pada masa sekarang adalah masih lemah bukan sahaja di peringkat sekolah rendah atau menengah tetapi juga di IPTA.

“Terdapat keperluan untuk sistem pendidikan negara menambah baik serta meningkatk­an penggunaan bahasa Inggeris dalam modul pembelajar­an pelajar.

“Inisiatif ini bukan sahaja harus ditekankan kepada pelajar-pelajar di IPTA tetapi juga di peringkat sekolah rendah dan menengah,” katanya, semalam bagi mengulas mengenai dasar baharu yang dicadangka­n kerajaan dengan menetapkan pelajar di universiti-universiti awam harus lulus dalam bahasa Inggeris untuk layak mendapat ijazah.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah meluluskan dasar baharu tersebut pada mesyuarat minggu lepas.

Justeru, Ahi amat bersetuju dengan dasar tersebut.

“Saya bersetuju dengan cadangan ini... penguasaan bahasa Inggeris di kalangan graduan adalah penting lebih-lebih lagi untuk mereka mencari pekerjaan sama ada di peringkat nasional mahupun antarabang­sa,” kata Ahi.

Rektor UiTM Sarawak Profesor Datuk Dr Jamil Hamali berkata secara umum, adalah perlu untuk memastikan pelajar mahir dalam bahasa Inggeris bermula dari sekolah menengah.

“Kita harus mengajar pelajar bukan sahaja dalam kertas tetapi juga memastikan mereka boleh berkomunik­asi dengan baik.

“Sudah tiba masanya untuk menerima pakai dasar ini supaya pelajar dapat bertutur dengan baik dalam bahasa Inggeris,” katanya.

Justeru, katanya UiTM telah menjalanka­n kursus dalam bahasa Inggeris untuk menyediaka­n pelajar yang dapat memenuhi pasaran kerja terutama dalam bidang industri.

“Dengan itu, graduan kita akan berkeupaya­an bekerja dalam SCORE kerana pelabur pada dasarnya adalah syarikat antarabang­sa dan memerlukan orang yang dapat berkomunik­asi dalam bahasa Inggeris,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia