Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk Kampung Tengah adakan gotong-royong sempena merdeka

-

SRI AMAN: Seramai 200 orang penduduk Kampung Tengah di sini, menjayakan Program Gotong- Royong dan Kerja Amal sempena Hari Kemerdekaa­n anjuran Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Batang Lupar di tiga kawasan berbeza iaitu Masjid Lama Kampung Tengah, Tanah Perkuburan dan Gelanggang Futsal Kampung Tengah Isnin lalu.

Program bermula jam 8.30 pagi dan berakhir sekitar jam 11.30 pagi itu melibatkan ahli-ahli Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung ( JKKK), ahli Pertubuhan Wanita 1Malaysia (PERWANI) Kampung Tengah, ahli-ahli Kawasan Rukun Tetangga ( KRT) Kampung Tengah serta Jiran Muda KRT Kampung Tengah.

Pegawai Penyelaras Parlimen Batang Lupar bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga mewakili Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Zuraida Julai berkata, program itu adalah sempena sambutan Hari Kemerdekaa­n Ke-57.

“Program ini turut mendapat kerjasama Kementeria­n Kesejahter­aan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

“Apa yang kita harapkan program ini mampu memberi kesedaran kepada masyarakat agar sentiasa menjaga persekitar­an rumah serta kampung masingmasi­ng,” katanya.

Selain itu, ia mengeratka­n hubungan silaturahi­m agensi kerajaan, swasta serta masyarakat di samp- ing menyemai semangat cintakan negara.

Hadir sama Pegawai Khas Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Mohd Saperi Abdul Karim, Penolong Pegawai Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga Zeliha Jamal, Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Lingga Khamis Sita Wasli, Penghulu Abdul Samad Abdul Rahim dan Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Masjid Lama, Kampung Tengah Abang Razali Abang Ramli.

 ??  ?? ALBUM: Penduduk Kampung Tengah, Sri Aman bersama-sama pada Program Gotong-Royong dan Kerja Amal Isnin lalu.
ALBUM: Penduduk Kampung Tengah, Sri Aman bersama-sama pada Program Gotong-Royong dan Kerja Amal Isnin lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia