Utusan Borneo (Sarawak)

JERAT SG PAOH

Jalan Sungai Paoh meragut nyawa lagi apabila seorang maut dalam pertembung­an dua kereta.

- Oleh Kepu Sidi

SARIKEI: Selekoh tajam di Jalan Sungai Paoh meragut nyawa lagi apabila seorang maut dan tiga cedera dalam pertembung­an di antara kereta Perodua Myvi dan Toyota Hilux, petang kelmarin.

Mangsa yang dikenali sebagai Storie Limbing, 69, berasal dari Saratok meninggal dunia pada kira-kira jam 9 malam kelmarin di Hospital Sarikei.

Semasa kejadian, mangsa bersama dua anaknya dipercayai sedang dalam perjalanan pulang dari Sibu ke Saratok.

Kemalangan dalam hujan itu berlaku apabila Hilux terbabit dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentang­an dan bertembung dengan kereta mangsa berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Paoh, kira-kira 16 kilometer dari sini.

Anak mangsa yang memandu Myvi terbabit patah tangan dan cedera tulang rusuk masih dirawat di Hospital Sarikei, manakala seorang lagi cedera ringan.

Hanya seorang penumpang Hilux terbabit cedera. Ia membawa lima penumpang dewasa dan seorang budak lelaki.

Sehubungan itu, Ketua Balai Bomba Sarikei Suna Kaha memberitah­u, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.13 petang dan tiba di tempat kejadian kirakira 15 minit kemudian.

“Bomba mengerahka­n sebuah jentera dengan lapan anggota. Bagaimanap­un sebaik tiba di tempat kejadian, kesemua mangsa sudah dikeluarka­n dari kenderaan masing-masing oleh orang ramai,” jelasnya.

Beliau berkata, mangsa dikejarkan ke hospital Sarikei untuk mendapatka­n rawatan lanjut.

“Punca kejadian masih disiasat,” jelasnya.

Menurut penduduk, kemalangan sering berlaku di kawasan itu berikutan selekoh tajam dan keadaan jalan yang sempit.

 ??  ?? NAHAS MAUT: Keadaan kereta Myvi terbabit selepas bertembung dengan Hilux, petang kelmarin.
NAHAS MAUT: Keadaan kereta Myvi terbabit selepas bertembung dengan Hilux, petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia