Utusan Borneo (Sarawak)

GST: SME Corp akan lebih agresif wujudkan kesedaran dalam PKS

-

PETALING JAYA: Kebanyakan bank di Malaysia tidak memanfaatk­an sepenuhnya teknologi dan tidak mengambil serius terhadap tahap pematuhan, kata Tenable Network Security Inc, peneraju pemantauan berterusan rangkaian.

Naib Presiden Asia Pasifiknya, Attley Ng, berkata kajian oleh Picewaterh­ouseCooper­s ke atas tahap kesiapsiag­aan pematuhan bankbank Malaysia menunjukka­n 84 peratus atau hampi r sembilan daripada 10 bank yang dikaji didapati tidak dilengkapi infrastruk­tur teknologi bagi memantau atau menggunaka­n amalan terbaik untuk melindungi aset, pengguna dan pelanggan.

“Kami bimbang bank-bank Malaysia tidak mempunyai infrastruk­tur untuk memantau dan menangani maklumat pelanggan dan risiko operasi harian, dan oleh itu mereka mesti bertindak sekarang bagi mengurangk­an pendedahan kepada risiko.

“Berikutan kerumitan yang semakin meningkat dalam inisiatif kawal aturan baharu di seluruh dunia, persoalann­ya sekarang ialah sama ada bank-bank dan institusi kewangan di Malaysia sudah bersedia untuk meningkatk­an penilaian pematuhan risiko dan keperluan pengurusan risiko,” katanya pada sidang media di sini kelmarin.

Ng juga berkata perluasan perkhidmat­an bank-bank Malaysia di rantau ini dan meningkatk­nya penggunaan transaksi perbankan mudah alih dan Internet juga menjadikan aspek pematuhan lebih mencabar.

“Pemantauan dan keselamata­n rangkaian merupakan langkah- langkah meningkatk­an keyakinan antara bank dan pemegang kepentinga­n utama mereka.

“Kegagalan untuk melabur dalam teknologi yang diperlukan dalam pemantauan pematuhan akan mewujudkan tahap risiko yang tidak boleh diterima dan akan menjadi halangan besar untuk pertumbuha­n,” katanya.

Tenable Network Security menyediaka­n pemantauan rangkaian secara berterusan dan menjadi tempat pergantung­an lebih 20,000 organisasi, termasuk Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, kerajaan dan banyak syarikat besar dunia. — Bernama KUALA LUMPUR: SME Corporatio­n Malaysi a (SMECorp) kini lebih agresif dalam mewujudkan kesedaran mengenai Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Datuk Hafsah Hashim berkata perbadanan itu bekerjasam­a dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi menganjurk­an seminar dan latihan kesedaran GST.

Beliau berkata terdapat lebih 600,000 PKS yang berdaftar di Malaysia, dengan kira-kira 160,000 daripadany­a, yang mencatat nilai jualan melebihi RM500,000, wajib mendaftar untuk GST.

“Ini adalah kumpulan sasar yang akan kita dekati, bagi menggalakk­an mereka segera mendaftar, dan mengambil kesempatan daripada manfaat GST yang akan dikuatkuas­akan pada 1 April tahun depan,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kesedaran GST di sini semalam, beliau berkata SME Corp merancang menganjurk­an 27 seminar tambahan di seluruh negara.

Hafsah berkata setakat ini hanya kira-kira 1,000 PKS yang wajib mendaftar untuk GST sudah mendaftar, dan oleh itu usaha perlu ditingkatk­an untuk memastikan PKS lain segera berbuat demikian.

Beliau berkata kerajaan menyediaka­n bantuan sekali pada asas yang dahulu diutamakan, dalam bentuk baucar RM1,000 untuk PKS membeli atau menaik taraf perisian perakaunan masing-masing. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia