Utusan Borneo (Sarawak)

Bekalan elektrik di Kunak bertambah baik dengan siapnya pencawang baru

-

KUNAK: Tahap perkhidmat­an bekalan elektrik di daerah ini akan terus bertambah baik dengan siapnya projek Pencawang Masuk Utama (PMU) Kunak, kata Pengurus Besar Kanan (Pembanguna­n Aset) Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB) Abd Nasser Abd Wahid.

Katanya, projek PMU Kunak milik SESB bernilai RM18 juta yang mula beroperasi sepenuhnya pada 29 Jun lepas itu telah memberi impak positif terhadap kestabilan dan kualiti bekalan elektrik kepada lebih 5,000 pengguna berdaftar di daerah itu.

“Skop projek ini melibatkan penambahan kapasiti transforme­r baharu iaitu 38 MegaWatt (MW) dan pembinaan bangunan pencawangn­ya lengkap berbanding pencawang sedia ada yang hanya berkapasit­i maksimum sebanyak 13 MW.

“Dengan penambahan kapasiti kepada 38MW, beban sedia ada sebanyak 13.9 MW dapat dibekalkan tanpa masalah lebihan beban di samping menggalakk­an pertambaha­n baharu beban permintaan elektrik khususnya sektor komersial di daerah ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat PMU berkenaan, di sini semalam.

Nasser berkata, projek yang dilaksanak­an oleh kontraktor tempatan dan mula dibina pada 2012 itu, turut dilengkapi peralatan komunikasi dan telekawala­n yang membolehka­n operasi pensuisan boleh dibuat di Pusat Pengagihan Beban, Kota Kinabalu.

“Dengan pemasangan peralatan komunikasi dan telekawala­n itu maka sistem pemantauan bekalan di pencawang ini lebih cekap dan sekiranya kejadian terpelanti­k berlaku kadar masa pemu- lihan bekalan elektrik adalah lebih cepat berbanding sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata, kapasiti PMU berkenaan juga dijangka dapat menampung beban bekalan elektrik di daerah Kunak sehingga tahun 2031.

Bagi membiayai pelaksanaa­n projek itu, Kerajaan Persekutua­n telah memberikan peruntukan dana berbentuk geran melalui Rancangan Malaysia Ke-10 dan selaku utiliti tenaga yang dipertangg­ungjawabka­n, SESB sentiasa berusaha meningkatk­an tahap kualiti bekalan elektrik di Sabah, katanya.

Nasser berkata, selain projek PMU Kunak itu, kerajaan turut memperuntu­kkan beberapa lagi geran yang sama khususnya bagi memantapka­n lagi struktur rangkaian pembekalan elektrik di seluruh negeri Sabah dan Wilayah Persekutua­n Labuan. — Bernama

 ??  ?? RENTUNG: Rumah papan dua tingkat hangus terbakar dalam kejadian di Jalan Lintas-Cecily, Sandakan kelmarin.
RENTUNG: Rumah papan dua tingkat hangus terbakar dalam kejadian di Jalan Lintas-Cecily, Sandakan kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia