Utusan Borneo (Sarawak)

51 penerjun bertarung di Sibu

-

SIBU: Lima wanita ialah antara 51 penerjun yang menyertai acara Base Jump Sibu tahun ini.

Pengerusi Pasukan Petugas Pelanconga­n Sibu, Sim Kok Kee berkata mereka merupakan antara 51 penerjun yang telah mengesahka­n penyertaan setakat ini.

BASE ialah singkatan bagi empat kategori objek tetap yang seseorang boleh melakukan terjunan iaitu bangunan, antena, span (jambatan) dan bumi (tebing).

Acara tahunan sukan lasak itu akan berlangsun­g di Dataran Bandar Sibu 1 dari 19 hingga 21 Sept, kata Sim dalam sidang media di sini kelmarin.

“Penerjun akan melakukan terjunan dari bangunan tertinggi di Sarawak iaitu Wisma Sanyan setinggi 126 meter, di sini. Mereka juga akan melakukan terjunan pada waktu malam pada 19 September jika keadaan cuaca mengizinka­n,” katanya.

Sim berkata lima penerjun wanita itu ialah Elaina Thornhill, Katherine Noonan dan Mariah Magill dari Amerika Syarikat, Mary Baratt dari United Kinghdom dan Ria Peck dari Australia.

Beliau berkata penerjun lain ialah dari Romania, Perancis, Denmark, Kanada, Jerman, New Zealand, Rusia, Kuwait dan Norway selain empat penerjun dari Malaysia.

“Penerjun paling muda ialah Jake Fewster dari Australia berusia 22 tahun yang telah melakukan 320 terjunan sementara penerjun tertua pula ialah Gareth Parry, 51, seorang jurutera dari Kanada yang telah membuat 260 terjunan.

“Penerjun veteran ialah Gary Cunningham (Australia) dengan 2,975 terjunan dan tiga penerjun Amerika Syarikat - - Matt Frohlich dengan 1,400 terjunan, Mark Broderick dengan 1, 259 terjunan dan Jordan Kilgore dengan 1,131 terjunan,” katanya.

Sementara itu, Sim berkata semasa acara itu berlangsun­g, satu aktiviti perdaganga­n dan pameran akan diadakan di Dataran Bandar Sibu 2 yang terletak berdekatan.

Beliau berkata mereka yang berhasrat untuk mempromosi­kan produk seperti makanan tradisiona­l atau hasil kraf tangan digalakkan mengambil bahagian.

“Mereka yang berminat boleh menghubung­i penganjur, Top Event Management(M) Sdn Bhd di talian 017-8524100 untuk maklumat lanjut atau e-mel kepada topeventma­nagement@ hotmail. com”. — Bernama

 ??  ?? GRIFFITHS
GRIFFITHS
 ??  ?? CHONG WEI
CHONG WEI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia