Utusan Borneo (Sarawak)

Peaty tambah keceriaan kem renang Britain di Berlin

-

BERLIN, Jerman: Apabila Adam Peaty masih kecil, ketakutan dengan air menyebabka­n di a menangis ketika mandi. Sekarang beliau adalah juara 100 meter kuak dada Eropah.

Perenang berusia 19 tahun itu menambah kejuaraan Eropah dengan pingat emas di Sukan Komanwel tiga minggu yang lalu untuk mengetuai kemenangan satu-dua Britain dalam acara itu, di hadapan Ross Murdoch.

Peaty juga berenang peringkat kuak dada ketika Great Britain memenangi acara rampaian berganti- ganti dengan satu catatan masa rekod dunia baharu.

Ia adalah malam yang manis buat kem Britain, yang menikmati sesi paling berjaya dalam sejarah sukan renang mereka apabila memenangi tujuh pingat dan satu rekod dunia.

Juara lain pada malam kedua kejohanan yang berlangsun­g di EuropaSpor­tpark ialah Chris Walker- Hebborn, juga dari Britain, yang memenangi acara 100 meter kuak lentang dan Sarah Sjostrom dari Sweden dalam acara 50 meter kupu- kupu.

Duane Da Rocha Marce dari Sepanyol memenangi acara 200 meter kuak lentang sementara juara Olimpik acara 50 meter bebas, Florent Manaudou dari Perancis dan Yauhen Tsurkin dari Belarus, berkongsi kejuaraan 50 meter kupukupu lelaki.

Pada hari Isnin, Peaty hanya kurang 0.22 saat dari rekod dunia Cameron van der Burgh, tetapi memadam rekod beliau sendiri di peringkat Britain dengan 58.68 saat.

Tetapi malam Selasa lepas, beliau mencipta kemenangan dengan masa 58.96 untuk menewaskan Murdoch dengan Giedrius Titenis dari Lithuania di tempat ketiga.

Walker- Hebborn juga menambah koleksi kejuaraan Eropah dari emas Sukan Komanwel dalam acara 100 meter kuak lentang.

Perenang Britain itu menunjukka­n banyak potensi sejak beberapa tahun yang lalu tetapi pada tahun ini, beliau mula membuktika­n keupayaann­ya.

Beliau tidak menghadapi masalah untuk menewaskan Jeremy Stravius dari Perancis dan Jan- Philip Glania dengan masa 53.32 saat.

Pasukan berganti-ganti Britain, terdiri daripada Walker-Hebborn, Peaty, Jemma Lowe dan Fran Halsall, memenangi acara rampaian berganti- ganti dengan masa 3.44.02.

Ia merupakan rekod dunia baharu dan dengan acara itu hanya diperkenal­kan pada 2013, rekod lama dicipta oleh pasukan dari Australia dengan masa 3.46.52 di Perth pada Januari 2014.

Dua pingat emas diberikan dalam acara 50 meter kupu- kupu lelaki apabila Manaudou dan Tsurkin menamatkan perlumbaan dengan masa 23.00.

Gangsa dikongsi bersama oleh Ben Proud dari Britain dan Andriy Govorov dari Ukraine.

Da Rocha Marce dari Sepanyol menewaskan Lizzie Simmonds dari Britain untuk memenangi acara 200 meter kuak lentang. — AFP

 ??  ?? PEATY
PEATY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia